Pas mengumumkan bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor menyertai parti itu secara rasmi.
Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, mereka merupakan sahabat lama dan sentiasa berhubung walaupun berbeza perjuangan dalam arena politik.
“Alhamdulillah akhirnya beliau bersama dengan keluarga besar Pas. Parti ini terbuka kepada sesiapa yang mahu bersama dan tidak pernah memaksa untuk turut serta.
“Pas hanya mengajak orang menyertai perjuangan tanpa menjanjikan bulan dan bintang. Mereka yang sertai Pas pasti faham.