Ikan Paling Lazat Dalam Dunia.


ZAINUDDIN OMAR





Saya coretkan semula berkenaan ikan paling sedap dalam dunia, pada pendapat saya. 


Mereka yang pernah merasa ikan sturgeon tentunya akan sanggup bayar harga mahal. 


Pada saya ikan sturgeon lebih lazat dari ikan kelah (RM350 sekilo). 


Sebagai pemancing lebih dari 30 tahun tentunya saya telah merasa banyak jenis ikan laut dan darat. 


Tetapi saya tidak menjangka bahawa ikan sturgeon mempunyai rasa dagingnya yang lembut, manis dan unik. 


Itu sebab saya kata rasanya adalah paling lazat antara semua jenis ikan termasuk ikan kelah (atau empurau), ikan libya (sweet lips), cod dan senohong. 


Restoren ikan Sturgeon di Gyumri Armenia kami terserempak ketika sedang mencari makanan halal di pekan ini melalui apps Foursquare. 


Apps mencadangkan restoren Cherkezi Dzor kerana banyak mendapat banyak review positif. 


Sebenarnya dish ikan sturgeon adalah kegemaran penduduk Armenia. 


Bentuk badan ikan sturgeon seperti ikan prehistoric tetapi dagingnya sangat lazat. 


Ikan Sturgeon terkenal dengan telur caviar tetapi dagingnya sedap dan lembut serupa rasa lobster. 


Cartilage (tulang) sturgeon lembut boleh dimakan dan harga dish sturgeon hanya 6500 Armenian dram (Rm50) sekilo. 


Harganya tidaklah semahal siakap Langkawi dan ianya dimasak stail BBQ sahaja.


Ikan dipilih dari kolam berdekatan di mana banyak ikan sturgeon dibela. 


Sturgeon adalah species ikan dari famili Acipenseridae. Asal usul ikan ini dikaji dari fosil semasa zaman Triassic 250 juta tahun dahulu.


Di Malaysia, ikan paling sedap ialah ikan Senohong. Ianya species Kurau dan ada misai. 


Semasa memancing di lautan Andaman saya pernah menangkap satu ikan pelik yang mempunyai bibir tebal. Nelayan Thai di Pak Bhara namakan dia sebagai ikan Libya. 


Saya google dan mungkin namanya Sweetlips fish (Plectorhinchus). Ia jarang dapat ditangkap dan jualan di pasar. 


Isinya lembut bagai kapas lebih lembut dari isi ikan Kerapu Bara. 


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar

FB: zainuddin omar


*********************