Meski telah wujud pelbagai usaha Kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi dengan laju dengan menjadikan negara sebagai hab semikonduktor, menarik sejumlah pelaburan yang tinggi ke dalam negara tetapi ini semua tidak pernah mengurangkan perhatian yang diberikan kepada keperluan meningkatkan keterjaminan serta keupayaan pengeluaran makanan dalam negara.
Turut saya tegaskan tekad Kerajaan yang bersungguh-sungguh melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menghentikan amalan kartel dalam ekosistem pertanian dalam negara di hampir semua aspek dalam bidang ini.
Penganjuran MAHA 2024 melakar sejarah yang signifikan memandangkan tahun ini merupakan ulang tahun ke-100 penganjuran MAHA yang kali pertama diadakan pada tahun 1923.
Saya sentuh tentang kepentingan meningkatkan keterjaminan makanan dalam negara, terutamanya industri beras negara. Bagi tujuan ini, Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5 bilion untuk Projek Penanaman Padi raksasa berimpak tinggi.
Di pentas yang sama, saya juga menyeru agar produktiviti dalam sektor pertanian dapat ditingkatkan dengan mengadaptasi teknologi termaju bagi meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil pertanian.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada KPKM yang menganjurkan MAHA 2024 sebagai medium kepada pemain industri pertanian menjalin kerjasama strategik.
Semoga ruang dan peluang ini dapat digunakan dengan sebaiknya bagi meningkatkan kemampanan dan kemajuan pertanian di Malaysia.
Sumber Video
YT DS Anwar