Selamat berjuang dilapangkan baru bos Ezam.
Dulu kita sama-sama dalam Pemuda PKN.
Pejabat bahagian Subang dulu pun adalah rumah saudara di Kelana Jaya.
Ingat lagi, kami Pemuda Subang bersama Pemuda lain dikawasan sekitar jemput Saudara di rumah ayah saudara di sek 7 Shah Alam rasanya. Ayah saudara bekas ahli majlis.
Malam itu kita ke dewan perhimpunan cina Klang untuk program.
Kemudian berlalu krisis. Lokman Adam mula serang saudara dengan tuduhan rasuah. Ada naskah kecil yang dikeluarkan. Salinannya masih saya simpan sampai sekarang.
Lokman kemudiannya masuk Umno dan kekal sampai sekarang.
Saudara juga masuk umno, kemudian dilantik jadi Senator. Nampak macam cerah masa depan politik saudara.
Tidak lama kemudian iaitu 2016 saudara keluar pula dari umno buat kali kedua.
Saudara sertai pula Parti Berjasa pada Mei 2022. Sebelum pilihanraya umum ke-15, saudara sertai pula PRM dan dilantik jadi Timbalan Presiden.
Juga diketahui ramai otai PRM tak berkenan dengan saudara yang dicanang untuk jadi Presiden PRM.
Saya sangka saudara akan bangkitkan kembali PRM..namun..saudara sertai PAS.
Ketika saudara aktif melompat ke sana sini dengan berjaya mendapat Senator dan gelaran Datuk, Lokman Adam kekal dalam UMNO dan dilihat aset berguna dalam penerangan.
Saya doakan Lokman Adam dapat Senator dalam masa terdekat ini.
Untuk saudara..selamat berjuang dalam Pas. Biasakan diri dulu dengan sesi tanya lain jawab lain. Jangan cepat pening. Nanti saudara lompat lagi.
Ramai tak sabar nak tunggu saudara berucap di pentas Pas. Biar pening orang Pas. Ceramah pentas Pas..tapi gaya Anwar Ibrahim 😄
Fairul al Qasas
Jengka