Antara berita hari ini ialah Dr Mazlan Ismail masuk PAS.
Rupanya Dr Mazlan masih ada selera politik.
Dr Mazlan bekas pimpinan muda Pas Pulau Pinang merupakan seorang teknokrat dan menjawat jawatan Naib Presiden TM.
Beliau meletakkan jawatan dan bertanding melawan Anwar Ibrahim di Permatang Paut pada PRU-13 tahun 2013.
Beliau kemudiannya kalah dan diberikan jawatan Pengerusi MCMC di zaman PM Najib.
Apa yang menarik semasa kempen Beliau ialah, diterbitkan risalah untuk menghentam Anwar. Tapi semua hujah beliau ada link.
Kononnya hujah tu betul sebab ada rujukan.
Tapi..bila dibuka link tersebut..itu ialah dari blog beliau sendiri.
Cuma saya tak ingat nama blog tersebut.
Dr Mazlan kemudiannya disaman oleh Anwar Ibrahim. Anwar menang dan Dr Mazlan terpaksa minta maaf.
Dengan masuknya semula Dr Mazlan ke dalam PAS..
Maka..
1. Kemungkinan PAS lah yang memberikan calon kepada UMNO untuk lawan Anwar. Strategi untuk jatuhkan Anwar oleh PAS telah lama berjalan.
2. Bergabungnya tukang fitnah dengan Parti yang paling banyak kalah fitnah.
Terima kasih
Fairul al Qasas
Rompin