TIBA MASANYA MEREKA PERLU DISEDARKAN BAHAWA JANGAN SELALU KITA BENARKAN MEREKA INI MENUNGGANG AGAMA FATWA UNTUK KEPENTINGAN MEREKA SAHAJA.

 Ihsan BA. 


Sudah tiba masanya supaya asatizah lebih peka akan kehadiran beliau di mana-mana program atau aktiviti yang dianjurkan. 


Teringat kata-kata seorang ustaz. Kata beliau, 


"Sekarang konsert dibenarkan..Atas bawah dibenarkan..Supaya kita lalai..Sukan macam-macam digalakkan..Pertandingan-pertandingan yang lagha..Habis benda akan dianjurkan..Supaya kita tidak sedar ada agenda besar untuk merampas kita, untuk ambik kuasa kita, untuk jatuhkan agama kita (quoted)"


Jagalah kemuliaan dakwah. Jangan kerana sampul yang tebal, asatizah menjadi buta dalam suasana yang kabur. 


Bila konsert negeri orang, macam-macam kita kata. Bila konsert di negeri kita, banyak pula dalil kita nak "menghalalkan". Boleh pula kita susun skrip untuk tabayyun itu ini. Kenapa perlu double-standard ikut negeri kepada perkara yang ada prinsip fundamental?


Ustaz pun kena peka lah. Golongan jahiliyah ni pun kadang cerdik. Kalau sesetengah asatizah pandai "menunggang agama", golongan jahiliyah ini juga kadang pandai "menunggang ustaz". Setelah menunggang, terus jadi halal. Macam dapat cop halal JAKIM pula.


Maka keluarlah kenyataan, 


"Kami buat konsert, tapi kami jemput ustaz untuk ceramah"

"Kami buat program melalaikan, tapi kami tak lawan ulama;."

"Ini semua bukti yang kami tak lupa akhirat."


Itulah "modal" mereka.


Kemuliaan dakwah kena jaga. Prinsip tu. Sebelum menerima mana-mana jemputan, kena mintak lah tentatif dulu. Kalau ada konsert atau apa jua aktiviti atau tajaan yang meragukan, tolak mentah-mentah.


Bukannya ustaz 'tunduk' kepada aturan jahiliyah. Sepatutnya 'jahiliyah' lah kena tunduk kepada 'islam dan dakwah' yang kita nak bawa. 


Bak kata orang Terengganu, 


"Dia lah kena ikut ere kita, bukan kita ikut ere die"


Setelah jahiliyah mula sedar akan prinsip kita. Inshaa Allah, akan datang mereka yang lebih sedar dan ikut "format" kita.


 اِنَّ اللّٰهَ يَأْمُرُكُمْ اَنْ تُؤَدُّوا الْاَمٰنٰتِ اِلٰٓى اَهْلِهَاۙ وَاِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ اَنْ تَحْكُمُوْا بِالْعَدْلِ ۗ اِنَّ اللّٰهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهٖ ۗ اِنَّ اللّٰهَ كَانَ سَمِيْعًاۢ بَصِيْرًا


Sungguh, Allah menyuruhmu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaknya kamu menetapkannya dengan adil. Sungguh, Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Melihat. (4:58)