UPSR AKAN DIKEMBALIKAN.


Dr Mazlee Malik

 Sekali air bah sekali pantai berubah..








Saya telah dihubungi oleh banyak pihak media semenjak YAB TPM menyuarakan pandangan agar UPSR dihidupkan semula beberapa hari yang lalu.


Bagi netizen yang jari lebih laju dari otak menyalahkan saya yang menurut dakwaan dangkal mereka, telah menghapuskan UPSR…


Faktanya ialah, UPSR telah dimansuhkan oleh KPM pada zaman YB Dato Dr Radzi Jidin pada tahun 2021.


Pada tahun 2023, KPM melalui YBM Fadhlina menegaskan bahawa KPM tidak berhasrat untuk menghidupkan UPSR dan bertegas dengan keputusan yang telah dibuat oleh KPM pada tahun 2021.


Mutakhir pula, setelah YAB TPM DS Dr Hj Zahid Hamidi menyuarakan agar UPSR dihidupkan semula, KPM telah melakukan u-turn dan berjanji akan bawa usul tersebut ke mesyuarat kabinet.


Saya ditanyakan apakah pendapat saya mengenai isu ini… saya katakan, “Serahlah kepada YBM, KPM dan kerajaan untuk buat keputusan yang terbaik. Mereka lebih faham dan tahu keadaan terkini pendidikan negara. Saya ini bukan sesiapa pun dalam ranah pendidikan hari ini. Ditelan mati emak, diluah mati bapak, biarlah insan hina di pinggiran ini mendiamkan diri dan bergelut dalam ruang yang lain untuk berbakti kepada negara.”


Cuma, sewaktu UPSR telah dimansuhkan oleh KPM pada zaman YB Dato Dr Radzi Jidin pada tahun 2021, saya ada memberikan lontaran komen saya: https://www.facebook.com/share/9eC4qTVnKfvfNQu2/?mibextid=WC7FNe


Harapan saya, apapun keputusan yang kerajaan bakal diambil nanti, harap Laporan Kajian Dasar Pendidikan Negara tahun 2019 beserta proposal New Education Model dapat dirujuk sebagai salah satu panduan: https://m.malaysiakini.com/columns/571366


“Pendidikan Untuk Semua”


#pendidikanuntuksemua