Alhamdulillah, keluarga Nadir berjaya disatukan - Anwar


 

Oleh: Azuan Ab Rahman



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kesyukuran kerana Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dapat bersatu semula dengan keluarganya.



"Alhamdulillah, keluarga saudara Nadir berjaya disatukan," kata Anwar



Kegembiraan itu dikongsikan Anwar dalam hantarannya di Facebook sebagai membalas hantaran media sosial Muhammad Nadir yang mendedahkan beliau telah disatukan semula dengan keluarganya susulan satu 'Misi Gila' dilaksana kerajaan bagi membawa keluar keluarganya dari wilayah bergolak Gaza.



Muhammad Nadir dalam catatan '183 Hari Yang Panjang' menerusi hantaran di akaun Facebook serta Instragram beliau malam tadi telah mendedahkan Anwar adalah individu penting yang memainkan peranan utama dalam misi sukar tersebut.



Beliau turut menyatakan rasa kagum terhadap diplomasi dimainkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar sehingga membolehkan misi itu dijalankan dengan sangat cepat, teratur dan lancar.



Sementara itu Anwar melalui hantaran di laman sosialnya turut menyatakan penghargaan kepada Presiden Mesir, Abdel Fattah Al Sisi dan Kerajaan Mesir atas kerjasama yang diberikan, dalam membawa keluarga Muhammad Nadir Al-Nuri keluar dari kawasan bergolak itu.

 

No comments: