AKHIRNYA AHLI PAS HINA RAJA RAJA DAN AGONG, KINI BERSENDIRIAN TANGGUNG S...




Pemuda PAS Selangor menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat dan mengambil tindakan lanjut ke atas bekas ahli jawatankuasa mereka yang terpalit dengan isu raja-raja Melayu. Setiausaha Pemuda PAS Selangor, Aubidullah Fahim, berkata parti itu sentiasa menjunjung tinggi institusi diraja negara ini selaras dengan apa yang terkandung dalam perlembagaan. Katanya kenyataan dibuat Hezry Yasin baru-baru ini tidak mewakili pendirian PAS malah bertentangan dengan dasar perjuangan mereka. Justeru kata Aubidullah Pemuda PAS Selangor menyerahkan isu tersebut kepada pihak yang berkenaan, sama ada polis atau badan yang ada dalam parti terbabit. ============================================================================= Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hassan hari ini menegur sikap segelintir pihak yang membawa fahaman politik sehingga melibatkan raja-raja Melayu. Dalam hantaran secara umum di platform X, Zulkifli berkata tidak ada salahnya untuk seseorang mendorakan raja-raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong kerana mereka dianggap sebagai ulil amri (pemerintah). Bahkan kata senator itu amalan berdoa memang dianjurkan oleh Islam. “Apalah salahnya kita mendoakan kesejahteraan Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu, iaitu para ulil amri.

No comments: