Perdana Menteri watak utama ‘misi gila’ - Nadir

 

Iswardy Morni


Perdana Menteri watak utama ‘misi gila’ - Nadir



SHAH ALAM - “Watak utama dalam 'misi gila' ini adalah Perdana Menteri kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri!”


Demikian luahan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang menzahirkan rasa syukur di atas kepulangan keluarga dari Palestin ke pangkuannya.


Menerusi hantaran di Facebook miliknya, kisah bermula apabila beliau sempat maklumkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby bahawa keluarganya terkandas di Rafah.


Menurut Muhammad Nadir, Ahmad Sani hanya sempat membelek kiriman dan memberikan respon ringkas bahawa beliau akan bantu sebelum terus menaiki kenderaan ke majlis seterusnya.


“Hati saya mula luluh, mungkin itu bahasa orang politik saja, namun dalam surat, ada saya akhiri ayat dengan 'kepada ALLAH jualah kami berserah'. Saya langsung tawakal dan dan serahkan segalanya kepada ALLAH.


“Sehari sebelum Aidilfitri, saya dihubungi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi, watak penting yang mengusahakan misi ini,” katanya pada Isnin.


Tambah beliau, sejak awal peperangan, Ahmad Farhan kerap menjemputnya ke pejabat di Putrajaya dan sering bertanyakan perihal keadaan keluarga serta perkembangan di Gaza.


Bagaimanapun, Muhammad Nadir berkata, ketika Ahmad Farhan menghubungi pada 29 Ramadan itu, nadanya berbeza dan beliau turut memaklumkan untuk ke satu lokasi khas, namun hanya dibenarkan hadir bersama Ahmad Sani sahaja.



No comments: