LAKUKAN CHECKUP

 

Zainuddin Omar


Seorang sepupu saya meninggal dunia mengejut di Jakarta beberapa hari lepas. 


Allahyarham terjatuh di bilik air dan doktor kata pembuluh leher dia pecah. 


Sepupu saya ini mempunyai perniagaan maju, mempunyai beberapa biji banglo dan masih berumur 40 tahun. Beliau masih bujang dan berbadan obese semenjak muda. 




Ada rakan saya yang kena heart attack walaupun badan tidak obese, tiada diabetes, tiada high BP dan nampak sihat. 


Kita ambil iktibar. 


Seeloknya selepas umur 40, buatlah full medical check-up setiap tahun dan buat stress mill test. 


Tujuan stress mill test ialah untuk mengetahui kondisi jantung semasa exercise (show how well your heart responds to the stress of different levels of exercise). 


Ianya boleh detect jika ada saluran jantung tersumbat sebelum buat test seterusnya seperti angiogram. 


Sayangi keluarga dan jangan tinggalkan isteri cantik secara mengejut.



No comments: