KISAH AWANTEC DAN MENANTU YANG LARI



 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam telah mengarahkan kerajaan untuk membayar pampasan sebanyak RM231.5 juta kerana telah menamatkan projek Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) pada 2019 tanpa sebab kukuh.


Apa cerita sebenarnya? Saya cuba tulis sehabis ringkas sebab ia juga berkait dengan Presiden UMNO DS Zahid Hamidi


Ceritanya pada tahun 2017, kerajaan BN telah menganugerahkan satu projek bernilai RM3.5b bagi membuat Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN). Ini bagi menggantikan sistem sedia ada yang dah berusia lebih 20 tahun.


Pada tahun 2019, TS Muhyiddin (ketika itu Menteri KDN) membatalkan projek tersebut dan mahukannya diganti dengan dengan sistem lain. Sistem baru ini dinamakan National Integrated Immigration System (NiiSE). Harganya cuma RM1.2 bilion.


Ketika itu ramai orang serang Zahid. Zahid seleweng duit kerajaan. Zahid kaki sakau. Projek yang sepatutnya bernilai RM1.2b tetapi Zahid mark-up sampai 3 kali ganda.


Betul ke begitu?


Salah.


Projek zaman Zahid sebenarnya menggunakan konsep konsesi. Dimana kerajaan tidak perlu bayar apa-apa sehingga projek siap dan berfungsi. Apabila siap, kerajaan perlu bayar sekitar RM240 juta setahun untuk guna selama 15 tahun


Ini bermakna kerajaan tidak tanggung apa-apa risiko jika projek tidak siap.


Tapi projek zaman Muhyiddin pakai konsep turn-key. Dimana kerajaan perlu bayar RM1.2 bilion sampai projek siap. Kemudian kerajaan juga perlu bayar kos operasi dan penyelenggaraan pada setiap tahun ia digunakan.


Ini bermakna kerajaan tanggung risiko jika tak siap, dan kerajaan juga tanggung risiko bayaran tambahan mahal sebab kos operasi dan maintenance sistem sebesar ini biasanya mencecah ratusan juta setahun. 


Pada Disember 2020, terdapat laporan bahawa sebuah syarikat bernama S5 Systems Sdn Bhd juga terlibat di dalam projek ini. Menantu Muhyiddin (yang sekarang sedang melarikan diri ke luar negara) adalah salah seorang pemegang saham dalam syarikat tersebut.


Tiba-tiba pada 12 Januari 2021, Muhyiddin telah mengisytiharkan darurat dan menggantung parlimen.


Tak sampai sebulan iaitu pada 29 Januari 2021, kerajaan telah menganugerahkan kontrak bernilai RM1.2b tersebut kepada IRIS Information Technology System Sdn Bhd. IRIS kemudiannya disahkan bekerjasama dengan S5 bagi projek ini.


Namun projek ini akhirnya menghadapi pelbagai masalah dan masih belum siap hingga sekarang.


Disebabkan kelewatan ini juga, Jabatan Imigresen terpaksa bergantung kepada sistem lapuk dan hadap maki hamun rakyat bila berlaku masalah.


Inilah antara harga darurat kuasa yang kita perlu bayar hari ini


----

Kredit penulis. 

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Rawang, Selangor