Sokong sambung rundingan FTA Malaysia-EU - KEADILAN Kemaman





Hasrat yang disampaikan oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Malaysia menyambung rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Kesatuan Eropah (EU) disokong oleh KEADILAN Kemaman.



Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yop, perjanjian FTA penting bagi memudahkan produk buatan Malaysia terutamanya dalam sektor elektronik masuk ke pasaran Eropah yang amat besar.



"KEADILAN Kemaman sokong penuh rundingan FTA di antara Malaysia dan EU disambung semula susulann lawatan rasmi PM ke Jerman



"FTA telah dimulakan sejak 2010 dan tertangguh pada 2012. Sempena lawatan PM ke Jerman, inilah satu permulaan baik untuk Malaysia sambung semula rundingan tersebut dan realisasikan FTA antara EU dan Malaysia.



"KEADILAN kemaman sokong penuh usaha Malaysia realisasikan FTA antara EU dan Malaysia ini," katanya dalam satu kenyataan.



Kelmarin, dalam ucapannya ketika menghadiri acara 101st East Asia Friendship Dinner (Ostasiatisches Liebesmahl) di Hamburg City Hall, anjuran German Asia-Pacific Business Association (OAV), PM mencadangkan agar rundingan FTA antara Malaysia dan EU yang tergendala sejak sedekad lalu disambung.



Malaysia memerlukan eksport ke pasaran EU yang lumayan terutama apabila negara ini muncul sebagai antara pengeluar semikonduktor terbesar di dunia sejak beberapa tahun lalu.

 

 

No comments: