MB Samsuri tipikal walaun (Bhgn-2)





Jelas. KJ tanya sebagai pensyarah apa penilaian dia kepada Kerajaan Madani.


MB Samsuri jawab..gagal baik objektif ataupun subjektif.


Alasan dia dapat testimoni dari rakyat terbanyak di pasar dan jalanan.


Ok baik. 


Sebagai pensyarah dan pemegang Phd. MB Samsuri patut jawablah sebagai pensyarah dan ilmu Phd nya.


Adakah testimoni atau data yang dia dapat boleh dipercayai dan tidak bias?


Tanya pulak dalam kawasan negeri dia yang menang 100% kerusi DUN. Maka boleh katakan semua tu walaun.


Walaun ni, Kerajaan bagi e-wallet RM30 untuk galak buka akaun e-wallet, dia menganjing. 


Kerajaan bagi E-Madani RM100, dia cakap celah gigi.


Kerajaan bagi RM2000 bonus penjawat awam, dia cakap bagi masa nak masuk sekolah, habis duit situ je.


Kerajaan bagi BAP RM150 setiap murid sekolah,  dia kata tak cukup.


Jadi tipikal walaun adalah seperti itu, maka data atau testimoni tu sebenarnya dah bias dan tak boleh pakai.


MB Samsuri patut tapis, buat analisa dan bawakan bukti dari segi data-data.


Itu lah harapan KJ...sebab MB Samsuri ni calon PM dari PAS..Mr Cool yang dikatakan paling cerdik dalam PAS.


Tapi sayang...jawapan MB Samsuri ni hanya menunjukkan sikap semberono beliau sahaja.


Golongan Intelektual dan atas pagar memerhati perkara ini.


Bersatu mesti suka calon PM PAS lemah, maka pimpinan Bersatu masih ada peluang Jadi calon PM.


Saya nak tanya MB Samsuri, 

1. Adakah tindakan Kerajaan Madani buat akta fiskal negara yang pertama kali dalam sejarah tu bukan satu kejayaan?


2. Adakah kejayaan Kerajaan Madani turunkan defisit bukan satu kejayaan?


3. Adakah Kerajaan Madani berjaya turunkan miskin tegar dalam tempoh setahun bukan satu kejayaan?


4. Adakah kegembiraan pelajar sekolah sebab dapat tandas selesa dan bersih bukan satu kejayaan?


5. Adakah kejayaan Kerajaan Madani tarik pelaburan tertinggi bukan satu kejayaan?


6. Adakah dengan turunnya indeks persepsi rasuah dibawah Kerajaan Madani bukan satu kejayaan?


7. Adakah meningkatnya indeks kebebasan media bukan satu kejayaan?


8. Kalau Tun M berjaya heret PM6 ke mahkamah adalah satu kejayaan, Adakah dengan mengheret PM8 oleh Kerajaan Madani ke mahkamah bukan satu kejayaan?


9. Adakah menjalankan silibus hadith 40 di sekolah kebangsaan bukan satu kejayaan?


10. Adakah dengan tiada kes rasuah membabitkan kabinet Kerajaan Madani sepanjang setahun Kerajaan Madani bukan satu kejayaan?


11. Adakah inflasi stabil bukan satu kejayaan?


12. Adakah kejayaan Malaysia pertahankan kedaulatan Sabah bukan satu kejayaan?


Saya rasa cukup sekadar ini.


Saya nasihatkan MB Samsuri jawablah sebagai seorang pensyarah seperti mana yang KJ minta. Bukan sebagai anak buah Hadi Awang.


Sebab saya tahu tiada yang positif tentang Anwar Ibrahim dimata Hadi Awang.


Terima kasih. 


Muhammad Fairul Al Qasas 

Alor Gajah 


#KPKualaKrau

#PeneranganPKRPahang 

#MalaysiaMadani 

#KerajaanPerpaduan 

#PMX



No comments: