KERAJAAN MELAYU ISLE. APA PUNYA ZALIM. DAP PUN TAK ROBOH MACAM NI.,TAKDIRRRRR.










 Akhirnya 53 Buah Rumah Penduduk Jalan Atas Paloh, Kota Bharu Dimusnahkan Oleh Kerajaan PAS Kelantan.


Harini 7 Januari 2024, 4 buah rumah terakhir dari 53 buah rumah terlibat pengambilan tanah di Jalan Atas Paloh dirobohkan secara total oleh PKINK.


Lokasinya belakang Masjid Muhammadi, berhampiran tambatan diraja.


Setiap rumah hanya diberikan pampasan RM1,000 sahaja! Sadis dan Zalim!


Penduduk disini menetap disini sejak tahun 1920, waktu sebelum Merdeka. Selepas Merdeka mereka momohon tanah ini untuk jadi hakmilik persendirian, tapi dinafikan hak mereka.


Tahun 2013, berberapa hari nak PRU13, Menteri Besar Kelantan bersama Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada masa itu menjanjikan akan memberikan sebuah rumah bernilai RM160,000 kepada 53 keluarga terlibat dengan bayaran cuma RM50,000 sahaja.


Selepas bertukar MB, Kerajaan Negeri melalui PKINK dapat hakmilik tanah ini pada tahun 2019. 


Pada tahun 2020/21 waktu virus Covid 19 tengah memuncak, PKINK telah mengeluarkan arahan untuk merobohkan rumah orang kampung disini.


Ada yang dijanjikan Rumah Rakyat Kb Badang (yang tidak siap sampai sekarang) dan ada yang ditempatkan di rumah PPR yang terpaksa menyewa. 


Janji tinggal janji, tapak rumah di ambil alih, rumah transit kebanyakkannya tidak dapat, rumah dijanjikan hanya modal pilihanraya masa tu shja.


Kebanyakkannya yang tiada rumah terpaksa menyewa rumah sekitar dan masih ramai terpaksa menumpang di rumah jiran.


Hj Mat yang saya temui, seorang ahli PAS seumur hidup cukup kesal dengan apa yang dibuat oleh Kerajaan Kelantan. Disertakan sijil keahlian PAS beliau.


Waktu jentolak PKINK datang, beliau dan orang kg tengah merombak rumah mereka sendiri, pilih kayu-kayu yang elok dan simpan. 


Malangnya PKINK tidak hiraukan rayuan dia bagi rombak sendiri dan terus dirobohkan.


PAS tengah riuh kononnya nak bela penduduk Kg Setia Jaya, tapi di Negeri mereka perintah lagi zalim dan tidak berperikemanusiaan mereka buat kepada pengundi dan penyokong mereka sendiri.


Tonton lebih lanjut video Kekejaman Glc Pas Kelantan boleh tonton disini; 📸 Look at this post on Facebook https://www.facebook.com/share/v/KDsBespiQm1QaH5K/?mibextid=WC7FNe atau Like Page: Penduduk Jalan Atas Paloh.


Tadi hadir bersama YB Dr Hafidzah Mustakim, Adun Kota Lama dan Naqib Hassan dll.


Syam Ghaz


Nota: Mereka khabarnya dpt perintah Mahkamah, tetapi Penduduk tengah nak fail kan Rayuan lagi, penduduk minta tangguh dulu, tetapi PKINK gopoh, lepas dpt perintah Mahkamah terus terkam penduduk.



No comments: