Masalah air UMS : Peruntukan RM3j diberi, PM minta laporan penuh

 



Oleh: Helmi Mohd Foad



Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pihak berkaitan menghantar laporan berhubung masalah bekalan air yang masih berlarutan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) meskipun sedangkan kerajaan telah meluluskan peruntukan RM3 juta tahun lepas bagi tujuan tersebut.



Perdana Menteri berkata beliau mendapat tahu mengenai masalah itu di media sosial sebelum merujuk perkara itu kepada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir semalam.



“Saya nak dapat laporan, mungkin KSP (Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican) boleh tanya ketua setiausaha kementerian berkenaan. Apa berlaku sejak kelulusan saya dan tindakan yang diambil oleh kementerian dan universiti,” katanya ketika berucap dalam perhimpunan warga Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pihaknya tidak faham mengapa projek itu mengambil masa dan enggan menghukum kepada mana-mana pihak.



"Saya minta laporan teliti apa jadi sejak Menteri Kewangan luluskan peruntukan segera untuk selesaikan masalah air di universiti itu," kata beliau yang juga Menteri Kewangan," katanya.



Pada 31 Mei tahun lalu, Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM3 juta kepada UMS bagi membantu menyelesaikan masalah bekalan air.



Semalam, Zambry ketika melawat UMS turut mengumumkan peruntukan tambahan RM2 juta kepada universiti tersebut sebagai penyelesaian jangka pendek dan panjang agar masalah bekalan boleh diatasi segera.

 


No comments: