Selain blogger pelarian dan dua tiga TikTokers yang ghairah bercakap mengenai sudah cukup angka untuk menjatuhkan kerajaan, satu-satunya pemimpin PN yang sama terghairah ialah Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor.
Beberapa hari lalu, beliau dipetik sebagai berkata bahawa jumlah SD atau Akuan Bersumpah bagi tujuan itu sudah pun mencukupi.
Bagaimanapun, tambahnya, blok pembangkang hanya menunggu masa saja untuk mengumumkannya.
“Cukup sudah (jumlah SD) semua, tunggu hari sahaja,” katanya.
Di sini agak pelik kenyataan Sanusi itu, jika benar sudah cukup angka, nak tunggu lagi lama buat apa?
Ia patut diumumkan segera supaya kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim dapat dijatuhkan serta-merta.
Nak simpan angka itu sampai bila?
Logiknya, tiada sebab sama sekali untuk menangguhkan apa jua gerakan kalau benar Anwar sudah boleh dijatuhkan.
Tambahan pula, dengan menangguhkannya lagi bermakna membiarkan Anwar lebih lama kekal sebagai Perdana Menteri.
Tak pedih hatikah melihat Anwar terus duduk sebagai Perdana Menteri?
Lihat bagaimana Anwar melakukan gerakan untuk menjatuhkan Mahiaddin Md Yasin bila beliau sudah cukup angka sebelum ini.
Sebaik saja cukup angka dalam genggamannya, beliau tidak berlengah atau bertangguh lagi, sebaliknya terus mengadakan sidang media di sebuah hotel di ibu kota.
Sambil itu, surat memohon mengadap Yang Dipertuan Agong juga turut dipersembahkankan.
Itu baru betul jika benar sudah cukup angka.
Ini tidak, walaupun Sanusi kata sudah cukup angka, tapi katanya, mereka hanya menunggu masa untuk melakukan gerakan mejatuhkan kerajaan.
Ehhh…benarkah sudah cukup angka?
Atau sekadar propa? ShahbudinHusin 09/01/2024)
https://shahbudindotcom.net/2024/01/09/kalau-benar-dah-cukup-angka-nak-tunggu-lagi-buat-apa.html