AKTA OMNIBUS IALAH AKTA YANG MEMBENARKAN MENGAMBIL DATA DARI PELBAGAI KEMENTERIAN


MMMS



 Semalam YBM ada sebut tentang Akta Omnibus dalam rancangan Yang Bakar Menteri. 


Akta Omnibus ini adalah satu akta baru yang mana akan membenarkan pengunaan pangkalan data dari pelbagai Kementerian. 


Selain dari Akta Omnibus, pilihan lain ialah gubal akta secara silo setiap pangkalan data yang sedia ada , tapi dengan jumlah 200 pangkalan data, ia tidak praktikal, tambahan pula temph masa nak gazet satu akta baru adalah dalam masa 3-4 tahun. YBM target nak gubal akta Akta Omnibus dalam masa setahun.


YBM juga ada sebut kenapa terus lancar PADU dan tak tunggu Akta Omnibus, sebab kekangan masa nak kejar tempoh laksanakan subsidi bersasar. 


Kenapa tak bayar konsultant luar untuk develop PADU? 

YBM jawap sebab pertama adalah kos, lepas tu akan ada service level agreement, kalau ada isu mungkin ambil masa dalam 3 hari untuk selesai. Bila penjawat awam yang buat, mereka guna AGILE approach, itu yang boleh betulkan bug dalam masa 1 jam berbanding kaedah tradisional waterfall SDLC. 


Nilai kos IT dalam kerajaan sekarang berjumlah 6-7 billion, long term, kalau pun kerajaan berhasrat untuk keluarkan tender untuk project IT, kakitangan kerajaan tadi boleh supervise kerja vendor to the highest degree, sebab mereka pun ada pengalaman yang setanding. 


Banyak lagi benda menarik yang dia sebut macam DATA LAKE ( make sense dengan 200 databases), Dasar Gaji Progresif; macam mana kerajaan nak distrupt market untuk swasta, methodology perlaksaan rasionalisasi diesel. Kalau ada masa boleh tengok, dari tengok cyrto UN claim PN claim dah cukup jhuumlah..