Kenapa Ketua Setpol PM buat laporan polis?

 






Kenapa Ketua Setpol PM buat laporan polis?


Sebab mereka nak polis siasat perkara ini secara teliti dan mendalam.


Duit rasuah RM750 juta berjaya disekat bawa masuk ke Malaysia, tapi duit dalam negara milik kartel masih banyak.


Rahsia umum kartel bengang dengan kerajaan Perpaduan. 


Dulu telur tak ada zaman PN..siap tubuhkan jawatankuasa jihad tangani barang naik, apa pun tak jadi.


Mohamad Sabu naik, import telur, terus telur ada balik sebab apa?


Sebab telur tak boleh sorok lama-lama, busuk.

Menteri pulak dapat bekalan telur dari luar.


Tiba-tiba Wee Ka Siong tunjuk pandai kata Air Hitam banyak telur, ya lah banyak sebab Bang Mat berani lawan kartel.


Masa zaman PN Wee pun Menteri kugak..tapi telur hilang.


Kemudian kalau ingat lagi bila Kerajaan Perpaduan ditubuhkan,  Menteri KPDN&KSH Almarhum Salahudin Ayub jumpa semua pemain industri minyak masak.


Keluar lah berita, rupanya Malaysia eksport 95% hasil sawit, 5% je guna dalam negara. Itu pun kartel nak main harga sampai RM40 sebotol. 


Sekarang dah stabil.


Ini semua sebab Kerajaan Perpaduan berani lawan kartel.


Berani denda kartel sampai harga ayam walaupun diapungkan tetap stabil.


Kalau kerajaan Perpaduan ni jatuh, yang naik nanti ialah kerajaan pro kartel. Masa tu kita semua merana.


Moga yang terlibat disiasat dan didakwa. Kita tidak mahu lagi episod politik dan ekonomi yang terumbang ambing.


Tukang sabotaj ekonomi negara mesti diheret ke pengadilan.


Sekian.


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka.



No comments: