PERKATAAN BAHARU


 Semasa sesi pascanilai, pengurus besar menayangkan beberapa gambar yang giat menular di laman sesawang, memperlihatkan pelbagai gegantung dipenuhi swafoto-swafoto yang diambil bersama dengan latar pentas besar logo syarikat kami sempena program jerayawara minggu lepas, dan diantaranya satu swafoto imej tumpu yang mempersembahkan suri teladan syarikat, iaitu CEO kami.


Kemudian, pengurus besar meluahkan perasaan tidak puas hati :


"Dalam sesi pascanilai ini saya ingin meluahkan ketidaksenangan hati akibat terlampau banyak gegantung swafoto tak berkenaaan, kecuali swafoto Suri Teladan KPE (Ketua Pegawai Elsekutif) kita, dan semua gegantung ini telahpun menghalang sepenuhnya pandangan logo syarikat terpapar di Latar pentas yang sepatutnya menjadi imej tumpu sempena program jerarawara minggu lepas, dan disebabkan itu syarikat kami dijadikan bahan gelak orang ramai kerana gambar-gambar gegantung swafoto ini telah menjadi tular di internet.



No comments: