Saya pun panas juga seharian, tapi sebab bersama-sama peserta IPR INTAN di Tanjung Rambutan, Perak.
Ladang pertanian moden ini dibuka berdekatan dengan Hospital Bahagia memanfaatkan tanah kerajaan yang tidak digunakan sebelum ini.
Ini konsep yang kami perkenalkan untuk memberi peluang kepada lebih ramai B40 dan miskin tegar menjana pendapatan mampan bulanan melalui pertanian moden. Kami kenal pasti tanah-tanah kerajaan yang tidak digunakan untuk dibuka kepada orang ramai.
Saya lebih gembira melihatkan bahagianya semua yang terlibat mengusahakan IPR INTAN setakat ini – dari penerima, jurulatih pertanian, pegawai-pegawai kerajaan sehinggalah pembeli.
Terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dan Kerajaan Negeri Perak yang banyak membantu membuka jalan kepada kami.