1. Apabila seorang wartawan antarabangsa terkenal, Adnan Khashoggi, hilang dan disyaki dibunuh, Amerika Syarikat menggambarkan negara Arab Saudi sebagai "negara pariah".
2. Apabila 63 wartawan antarabangsa di laporkan oleh CPJ (Commitee to Protect Journalists), termasuk seorang warga Palestin-Amerika, Shereen Abu Akhleh, dan juga beberapa daripadanya dari Reuters, dibunuh oleh Israel dengan senjata buatan Amerika, tiada apa yang diucapkan. Kebisuan Amerika begitu ketara dengan tiada apa-apa komen terhadap kesemua insiden pembunuhan tersebut.
3. Semalam, satu resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berdasarkan artikel 99 yang hanya digunakan dua kali dalam sejarah PBB telah dikemukakan oleh Pengerusi PBB sendiri untuk genjatan senjata di Gaza; Amerika Syarikat adalah negara tunggal yang menentang menggunakan kuasa veto mengundi menentangnya.
4. Seramai 100 anggota PBB menaja resolusi tersebut dan 13 anggota Majlis Keselamatan PBB kesemua mengundi untuknya, hanya Amerika Syarikat yang menghalang dan mengundi menentangnya.
5. Definisi kamus perkataan "pariah", yang digunakan oleh Amerika Syarikat terhadap Arab Saudi sebelum ini atas kematian seorang wartawan tunggal berbanding kematian 63 wartawan di Gaza dengan senjata buatan Amerika, bermaksud "ditolak atau disisih oleh masyarakat umum".
6. Jika tiada mana-mana anggota PBB lain yang mengundi menentang resolusi untuk gencatan senjata di Gaza dan Amerika Syarikat adalah satu-satunya pengecualian, perkataan "pariah" nampaknya amat sesuai digunakan terhadap Amerika Syarikat dalam isu ini.
7. Sokongan tidak bersyarat serta tanpa sempadan Amerika Syarikat kepada Israel" di Gaza jelas merupakan cek terbuka bagi Israel untuk meneruskan pembunuhan seperti yang diinginkannya yang lebih diperkuat lagi dengan sokongan penggunaan hak veto untuk genjatan senjata bermakna Amerika Syarikat membenarkan pembunuhan kejam berterusan terutamanya terhadap kanak-kanak, wanita, dan warga emas yang kini mencecah lebih 17,000 nyawa.
8. Sokongan terang-terangan Amerika Syarikat terhadap pembunuhan dan genosid yang berterusan adalah amat dahsyat.
9. Undian PBB terkini untuk genjatan senjata adalah penolakan keseluruhan secara total dan tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap pendirian Amerika Syarikat dengan Israel oleh seluruh dunia.
10. Parti AMANAH telah mengemukakan 4 memo mengenai pembunuhan di Gaza termasuk 2 dengan imej grafik gambar kanak-kanak yang dibunuh kepada Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur.
11. Setiap kali pegawai Amerika yang bertemu kami mengucapkan kata-kata yang kosong dan tidak bermakna, "saya harap kali seterusnya kita bertemu akan dalam keadaan yang lebih baik."
12. Sebenarnya, setiap kali kita bertemu selepas itu, keadaan di Gaza telah menjadi lebih teruk luar dugaan dari yang dapat diimaginasikan dan di luar kekejaman dan kezaliman yang boleh dipercayai.
13. Jika pembunuhan seorang wartawan tunggal, Adnan Kashoggi, mengakibatkan Amerika Syarikat memanggil Arab Saudi sebagai negara pariah, apakah perkataan yang sesuai dan cocok untuk menggambarkan pembunuhan Israel terhadap 63 wartawan antarabangsa di Gaza dengan senjata buatan dan yang di bekalkan oleh Amerika Syarikat?
14. Jika seluruh negara dunia di PBB mengundi untuk genjatan senjata di Gaza dan Amerika Syarikat adalah satu-satunya suara tunggal bantahan untuk menghalangnya, apakah perkataan yang lebih buruk daripada pariah yang boleh diucapkan untuk menggambarkan perbuatan jijik Amerika Syarikat hari ini?
15. Dunia semakin kehabisan kata-kata untuk diungkapkan bagi menggambarkan dahsyatnya kekejaman Israel dan keengganan Amerika Syarikat untuk menghentikan pembunuhan kejam yang sedang berlaku secara berterusan hari ini.
16. Tangan wakil Amerika Syarikat yang di angkat untuk mengundi di PBB bagi menentang usaha gencatan senjata Gaza bergelumang dengan titisan darah anak kecil, wanita dan warga tua yang di bunuh kejam oleh Israel dengan restu dan bantuan Amerika Syarikat.
17. Hari ini, 10 Disember, adalah hari Hak Asasi Manusia seDunia dan adakah kita berpendapat rakyat Palestin mempunyai hak yang sama untuk terus hidup selamat seperti manusia lain dari kaca mata Israel dan Amerika Syarikat?
Raja Bahrin Shah.
Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH