Rombakan kabinet dah diumumkan. Macam aku tulis sebelum ini, itu semata-mata hak PM. Tak semestinya ditukar kementerian kerana tak perform. Mungkin juga kerana ada orang lain yang difikirkan boleh buat kerja yang lebih baik.
Selain daripada itu, walaupun lantikan kabinet ini hak prerogatif PM, tapi ini Kerajaan Perpaduan. Dah pasti PM perlu mendapat pandangan daripada pengerusi gabungan parti dalam kerajaan. Dah tentu setiap parti ada kuotanya.
Selamat kembali Dr. Dzul. Aku tahu Dr. Dzul ni orang yang kuat bekerja. Tapi harapnya tak ulangi kesilapan masa 22 bulan dulu, jadikan rakyat sebagai musuh. Boleh faham kalau dia benci rokok tapi bukan sampai jadikan perokok sebagai musuh.
Harap Dr. Dzul boleh lebih matang kali ini. Jangan lupa tindakannya memberi impak secara langsung kepada kerajaan dan PMX. Jangan sampai PMX kena balun sebab dia. Negara ini amalkan demokrasi dan kerajaan perlukan populariti.
Gobind Deo, yang aku dengar sebenarnya banyak buat kerja masa 22 bulan dulu. Tapi aku dengar lepas dia dah tak jadi menteri. Sebab masa jadi menteri, satu hal yang dia paling gagal adalah uar-uarkan kerja yang dia dah buat.
Dengan Gobind sebagai Menteri Digital, rasanya Fahmi boleh tumpukan kepada kerja penerangan. Bolehlah pusatkan perhatian pada kandungan media sosial kini terutamanya TikTok yang menjadi medan fitnah oleh puak pembangkang
Secara keseluruhan, aku rasa barisan kabinet kini lebih baik. Perlantikan Armizan sebagai Menteri KPDN juga tepat kerana dia telah memangku tugas tersebut untuk beberapa bulan selepas pemergian Allahyarham DS Salahuddin Ayub.
Pembangkang macam biasa tetap akan ada bunyi tak puas hati. Apatah lagi Hadi tak dilantik duta khas, nak puas hati macamana? Tapi kalau dibanding dengan kabinet PN dulu, waima Kabinet Bayangan sekali pun, jelas kabinet ini lebih hebat.
Biarkan pembangkang terus meroyan. Selain daripada meroyan, apa lagi yang boleh dorang buat? Masa jadi menteri dulu jadi pasu. Sekarang ni boleh pulak nak banyak komen. Komen pulak macam dia dulu hebat sangat buat kerja. Padahal masa dia la rakyat paling teruk menderita. Guane boh?
Raja Gelap II
.