Komen seseorang dalam posting aku. Tapi sebelum tu aku nak pesan. Jangan serang dia. Ini kawan kita. Aku share sebab nak jelaskan. Rasanya bukan dia je yang berfikiran sebegini.
Kes MP Bersatu sokong kerajaan ni bukan kes lompat parti. Tak sama macam masa Mahiaddin shopping MP PH & Mahathir rembat MP BN dulu. Perbezaannya ibarat langit dan bumi.
Pertama sekali, kesemua 5 MP Bersatu ni masih kekal sebagai ahli Bersatu. Jadi jumlah kerusi yang dimiliki oleh PN tak berubah pun. Mereka sokong je, bukannya jadi bebas atau masuk parti dalam PH ataupun BN.
Keduanya, sokongan mereka tak beri apa-apa kesan kepada kerajaan. Kerajaan dah cukup jumlah, melebihi dari cukup. Tanpa sokongan mereka pun, kerajaan dah sedia kukuh dan stabil.
Ketiga, disebabkan MP ini cuma memberi sokongan dan bukan memohon menyertai parti kerajaan, maka ianya di luar kawalan kerajaan. Dah mereka kata nak sokong, apa PMX nak buat? Takkan nak larang atau kata jangan pula, kan? Takkan nak babap mereka!
Lainlah kalau mereka keluar parti dan masuk Keadilan. Begitu baru boleh kita persoal prinsip parti mengapa nak terima MP katak menjadi ahli parti..
Berbeza ketika zaman Mahiaddin dulu. MP PH dan BN yang menyokong Mahiaddin, perlu tinggalkan parti mereka dan itu mengurangkan jumlah kerusi yang ada.
Lagipun ketika itu, Mahiaddin punyai sokongan yang setakat cukup makan. Kalau dia tak dapat beli MP lawan, dia mungkin kehilangan kerajaannya. Sebab tu dia buat pembelian panik.
MP Bersatu yang sokong PH ni boleh diumpamakan penjual kuih yang letak kuihnya di sebuah restoran. Dia tak meniaga di restoran itu tapi dia cuma menjual kuihnya manakala tauke kedai dapat kutip dalal.
Hakikatnya, tauke kedai masih sama. Pembuat kuih itu tetap tak jadi rakan kongsi atau pekerja kedai tersebut. Hubungan mereka hanya pada kuih. Kalau tauke kedai tak jual kuih tu, perniagaan mereka tak tutup pun.
Manakala masa Mahiaddin dulu pula situasinya ibarat perbuatan zionis yang rampas tanah penduduk Gaza. Rakyat Gaza dihalau dari rumah mereka. Tanah rakyat Gaza dirampas oleh zionis. Jadinya wilayah jajahan zionis semakin besar manakala wilayah Gaza makin kecil.
Begitulah perbezaan antara kedua kejadian. Jadi jelas tindakan MP Bersatu bukanlah perbuatan lompat parti dan ia sama sekali tak mencerminkan pendirian parti dalam Kerajaan Perpaduan terhadap Akta Anti Lompat Parti. Guane boh?
Raja Gelap II
.