Negeri-negeri PAS SG4 tidak mahu bergantung kepada kerajaan Persekutuan?



1. Telah tersebar kenyataan kurang cerdik dari MB Perlis kononnya SG4 nanti tidak lagi perlu bergantung kepada kerajaan Persekutuan. 


2. Faktanya MB Perlis yang pertama berjumpa PMX mohon untuk bayar gaji kakitangan negeri.


3. Faktanya juga PMX turun ke Perlis selepas itu dan cakap nak bantu kerajaan Perlis supaya ada keupayaan ekonomi. 


4. Faktanya juga dalam Belanjawan 2023, PMX umum buat pelabuhan di Perlis.


5. Namun apabila Tun M masuk PAS sebagai penasihat, entah macam mana mereka boleh diyakinkan yang mereka boleh bergerak sendiri tanpa sokongan kerajaan Persekutuan. 


6. Jelas sebenarnya PAS sedang ditipu dan syok sendiri.


7. Negeri-negeri SG4 ini sangat jauh untuk berdikari sendiri seperti negeri Selangor,  Pulau Pinang,  Johor dan Sarawak.


8. MB Perlis siap cakap nak takutkan PMX, ia seperti PMX itu adalah musuh mereka, ya memang musuh dalam politik, tapi bukan soal pentadbiran.


9. Ucapan tidak cerdik ini sebenarnya boleh membantutkan  usaha PMX untuk bantu Negeri-negeri PAS yang kebetulannya Negeri-negeri Melayu yang turut mengalami masalah infra asas seperti air.


10. Terengganu yang mungkin paling maju dalam SG4 ini pun hasil negeri 90% dari wang ihsan petroleum. Yang mana Kerajaan Persekutuan berhak tidak beri mengikut Akta Laut.


11. Sikap bodoh sombong pimpinan PAS ini ibarat ayam jantan yang berkokok di gelenggang sendiri.


12. Mereka hanya membodohkan penyokong dalam muktamar mereka. Tapi selepas ini akan merayu pula untuk jumpa PMX.


13. Nanti bila peruntukan tak dapat, Mula cakap kerajaan Perpaduan zalim.


14. Rugilah Negeri-negeri PAS yang dapat pemimpin bodoh sombong.


15. Gembiralah Tun M yang hilang deposit dapat membodohkan pimpinan PAS.


#KPKualaKrau

#PeneranganPKRPahang 

#MalaysiaMadani 

#KerajaanPerpaduan 

#PMX



No comments: