Tajuk berita yang tak bertanggungjawab daripada Kosmo. Sengaja menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pembaca. Menjengah ke ruangan komen, ada juga orang dungu yang malas membaca terus menyalahkan kerajaan.
Sekolah kebangsaan, sama ada menengah ataupun rendah, mana ada yuran. Kalau ada pun yuran PIBG yang ditentukan oleh ahli PIBG itu sendiri sewaktu mesyuarat tahunan mereka.
Tajuk ini sebenarnya berkenaan isu yuran bulanan taska dan tadika swasta, bukan kerajaan. Memang harga yuran tadika dan taska swasta ni tak dikawal oleh kerajaan. Macam aku kata, semua dikawal, dah macam negara komunis.
Aku tak pasti orang lain. Tapi aku sendiri yang ada 6 orang anak, dulu anak aku semuanya bersekolah di sekolah yang yurannya berpatutan. Bulanannya tak sampai RM200 pun. Yuran pendaftaran pun dalam RM800 je.
Anak-anak aku pun, umur 5 tahun baru aku hantar ke sekolah. Sebelum tu aku lebih suka mereka jadi kanak-kanak sebenar. Bangun pagi sampai malam, kerjanya cuma bermain saja.
Semuanya atas pilihan kita sendiri. Kalau rasa tak mampu, carilah tempat yang murah. Kalau tempat tu mahal, kita masih terus bayar, maka yuran akan terus naik. Itu lumrah alam. Bila kedai atau sekolah mereka tak laku, barulah mereka turunkan harga.
Tapi orang suka pilih yang mahal. Nak tunjuk orang anak dia sekolah terbaik. Sekolah tadika anak aku yang murah tu terpaksa ditutup sebab tiada pelajar baru. Semua kejar tadika berjenama.
Kalau dah begitu kehendaknya, redha sajalah. Tak payahlah nak bising. Apa lagi salahkan kerajaan. Itu pilihan sendiri kan? Tadika Kemas dan prasekolah milik kerajaan bayar minimum. Tapi tak berminat. Jadi bayar sajalah sekolah yang mahal tu.
Berbalik kepada kisah asal, cara Kosmo ni memang sangat tak bertanggungjawab. Apa niat Kosmo buat tajuk begini, aku pun tak tahu. Tapi aku harap Kosmo bukan berniat nak timbulkan rasa marah rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan. Guane boh?
Raja Gelap II
.