HADI: HARI INI CAKAP LAIN, ESOK CAKAP LAIN

 Dari Nik Nazmi


Dato’ Seri Abdul Hadi Awang telah mengarahkan anggota PAS menarik undi bukan Islam dalam ucapannya di Muktamar Tahunan PAS. 


Membaca ‘amanat’ terbaru Hadi mengingatkan saya tentang tomahan beliau terhadap pengundi bukan Melayu. 


Pada Ogos tahun lepas, beliau mendakwa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera merupakan kumpulan "majoriti menjadi perosak politik dan ekonomi negara".


Nampaknya Hadi sedang menagih undi kumpulan yang sebelum ini pernah beliau label sebagai perosak negara. Sejak dari dulu Hadi terkenal dengan sikap yang tidak konsisten dalam berkempen. 


Hari ini cakap lain, esok cakap lain. 


Untuk Malaysia bergerak ke hadapan, semua kaum dan agama perlu dilibatkan dalam proses pembinaan negara.


KEADILAN sebagai parti berbilang kaum tidak pernah melabel mana-mana kaum sebagai perosak negara.


Saya percaya dengan pelbagai inisiatif yang telah dilakukan Kerajaan Perpaduan, ia akan memberikan keyakinan kepada semua pengundi tanpa mengira kaum dan agama untuk terus menyokong kerajaan ini.


NIK NAZMI NIK AHMAD

NAIB PRESIDEN 

PARTI KEADILAN RAKYAT


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=900511294774367&id=100044465135060&mibextid=Nif5oz



No comments: