Kos institusi awam disakau.Ini zaman JKOM banyak sangat peruntukan.

 

Kos institusi awam disakau





Nik Hasyudeen


Di dalam mendidik rakyat berkenaan bertapa perlunya menstrukturkan semula subsidi, JKom telah menerbitkan satu poster menarik.


Untuk kira-kira RM 60 bilion yang merupakan peruntukan subsidi tahun 2023, kerajaan boleh membina:


1.  110 buah hospital pada kos RM 550 juta sebuah

2. 700 buah sekolah pada kos RM 87 juta sebuah

3. 242,000 buah rumah mampu milik pada kos RM 250,000 sebuah


Untuk meringkan kesusahan jangka pendek, kita merisikokan masa hadapan dengan infrastruktur keperluan rakyat yang tidak cukup.


Saya ada kongsikan video berkenaan ulasan saya terhadap penstrukturan semula subsidi 👇


Apa yang menarik perhatian saya ialah tanggungan kerajaan kerana nak menyelamatkan institusi-institusi rakyat kerana pelbagai masalah yang dihadapi oleh institusi-institusi berkenaan termasuk kerana disakau:


1. Tabung Haji RM 20 bilion

2. Felda RM 10 bilion

3. LTAT RM 2 bilion


Pinjaman yang dibuat di atas jaminan atau komitmen jaminan kerajaan ini bukan sahaja menyebabkan kerajaan tidak berupaya untuk menambahkan infrastruktur rakyat seperti di dalam poster Jkom itu tetapi kena membayar kos hutang-hutang berkenaan. 


Jika kosnya 3% sahaja pun, untuk RM 32 bilion (jumlah tanggungan di atas), ianya sudah berjumlah RM 960 juta setahun. Tu dah boleh bina sabuah hospital dan 4 buah sakolah. Kalau dikira pokoknya, bertambah sedihlah kita. Untuk Tabung Haji, kos sukuk yang ditanggung oleh UJSB ialah lebih dari 4% setahun. Jumlah di atas tidak termasuk kerugian dari LCS, rasanya.


Kita boleh rasa nilai sekiranya seekor ayam dicuri. Namun, apabila institusi kerajaan dan awam disakau, ramai dari kita tidak mampu menjiwai kerosakan dari jenayah berkenaan. Malah, pengakau pula dianggap hero sehingga ke hari ini oleh sebahagian dari ahli masyarakat. 


Marilah kita menghafal sifir Jkom ini agar ianya memudahkan kita mengira bala ke atas masyarakat jika harta kerajaan dan institusi awam disakau lagi. 


Inilah penting untuk kita melihat sesuatu berdasarkan prinsipnya. JKom nak ajar kita kira kos subsidi, kita gunakan formula berkenaan untuk mengira kos sakau pulak 👌



No comments: