Air Mata Di Hujung Sejadah
HEBAT SANGAT KAH FILEM INI?
Kerana di Tik Tok hebah bercerita mengenai filem ini saya pun memaksa diri ke pawagam menontonnya.
Maklumlah saya ini jenis mudah air mata mengalir dan filem drama keluarga terbaik bagi saya tonton adalah filem ‘Bisik Pada Langit’ yg saya tonton sebanyak 7 kali.
20 minit pertama di menonton filem ini saya mula rasa tertipu. Mungkin kerana high expectation sebelum menontonnya sehingga rasa sedikit geram bila lokasi luar negara hanya di dlm bilik dan mungkin menampilkan ‘green screen’ …. Arghh mcm bajet filem ni.
Storyline dia simple sgt mcm tonton drama Cerekarama dulu2. Babak2 akhir filem ini yg agak sebak sedikit tapi filem ini macam nak sampai tapi tak sampai, nak sampai tapi tak sampai….hingga kdg2 antiklimaks.
Filem Bisik Dari Langit jauh lebih hebat dan memberi kesan mendalam kpd saya. Filem AMHS indah di Tik Tok bukan di pawagam. Apapun siapa nak tonton silakan … lain org lain pandangan.
Konflik ceritanya agak simple… Perebutan anak. Di mana anak tersebut ( Baskara )diperlihara keluarga angkat yg bernama Arif dan Yumna. Akhirnya Aqilla (ibu sebenar ) tahu dan mahu bertemu dgn anaknya.
Ibu angkat sayangkan Baskara dan apatah lagi ibu sebenarnya. Maka bermula kedua ibu ini beremosi dgn air mata.
👉 Bagi saya isu konfliknya gampang diselesaikan jika saya boleh masuk campur urusan dlm keluarga ini.
Mbak Yumna sayangkan Baskara bukan? Mbak Aqilla pastikan sayang Baskara? Kedua Mbak tidak mahu berpisah dgn Baskara bukan?
Begini Mbak Aqilla masih bujang kan, jadi lebih baik Mbak Yumna jemput Mbak Aqilla sebagai madu… jadi kedua kalian dpt bersama menjaga Baskara.
Daripada salah seorang terkorban kasih sayang kpd anak tersebut kan bagus berkongsi kasih sayang dgn Baskara dan Mas Arif sekali. Bapa dan anak boleh dikongsikan bersama kasih sayang.
Yg sulit jika Mbak Aqilla sudah berkahwin…waduh waduh benda yg gampang disulitkan… Kan kedua Mbak butuh kasih sayang…Jadi jgn ribut2.
Kalau saya jadi director dgn selesai konflik ini dgn cara begini bukan sahaja tiada yg menangis malah tiada yg nonton… 🫣🤭🤭🤭😂😂😂😂😂🏃🏃🏃