PMX BERSAMA WARGA JPM.

 






Saya hadir dalam pertemuan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini bersama-sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali serta beberapa pimpinan lain.


Dalam amanat hari ini yang terkait Belanjawan 2024, saya nyatakan pendirian Kerajaan Perpaduan yang terbuka mendengar pelbagai ulasan dan pandangan usai pembentangan di Dewan Rakyat Jumaat lalu dan sedia membuat penambahbaikan berdasarkan cadangan yang dilontarkan.


Intipati belanjawan ini perlu ditelaah semua pihak, antaranya sektor swasta yang perlu menyambut isyarat daripada kerajaan dengan melaksanakan agihan keuntungan yang lebih adil kepada kakitangan menerusi peningkatan upah dan ganjaran, khususnya syarikat dan konglomerat yang mencatat untung jutaan ringgit setiap tahun.


Pada masa sama, saya turut menyatakan hasrat supaya amalan berjimat-cermat menjadi budaya dalam kalangan penjawat awam bagi menghentikan ketirisan dan pembaziran, sama ada dalam skala besar atau sekecil urusan harian di pejabat.


Saya turut menzahirkan kekecewaan terhadap isu penindasan serta kekejaman terhadap rakyat Palestin yang masih berterusan sehingga saat ini.


Ketidakadilan ini amat mengesankan hati nurani saya, bahkan membingungkan apabila ia dibiarkan oleh kelompok kuasa-kuasa besar Barat yang menggelarkan diri mereka sebagai pelopor demokrasi, kebebasan dan liberalisme.


#MalaysiaMADANI



No comments: