Tadi dihubungi wartawan untuk beri komen isu berikut.


Herjunot Ali.


[a]

MB kelantan kata dua ADUN Kerajaan perpaduan lawan perjuangan Islam. Politik  Pas pun banyak buat tohmah, kutuk dan tidak islamik. Tidak patut dilabel 2 ADUN lawan perjuangan Islam.


Komen:


1. Untuk menutup kelemahan pentadbiran PAS yang memerintah kelantan, PAS terpaksa membuat tuduhan palsu terhadap musuh politik mereka yang kononnya tidak memperjuangkan Islam. Pendekatan ini sudah diamalkan oleh PAS sejak sekian lama lagi.


2. Islam ajar, politik adalah mengurus tadbir rakyat dengan baik. Justeru, kalau dilihat dalam cara pengurusan air, Selangor lebih mengikut perjuangan politik Islam berbanding Kelantan; menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyat, Selangor lebih ikut perjuangan politik Islam berbanding kelantan.


3. Menggunakan jenama Islam di saat gagal memberi kebajikan pada rakyat, ia sama meletakkan jenama zam-zam pada botol yang dalamnya ada air arak. 


[b]

Pemimpin pas pernah kata politik PH hanyalah falsafah semata mata. Politik Pas Quran dan sunah. maka anggota Pas tepat kepada tafsiran ahli sunnah wal jamaah. 


Komen;


1. Demokrasi tidak ada dalam al-Quran dan hadis. Demokrasi berasal dari orang falsafah era Yunani kuno. PAS pula terlibat dengan Demokrasi. Jadi, PAS juga terjebak dengan falsafah.


2. Dalam ahli Sunnah wal Jamaah, politik adalah urusan bagaimana mahu menjadikan rakyat mendapat kebaikan yang baik. Kalau PAS mengaitkan politik dengan aqidah, bermakna PAS terpengaruh dengan faham khawarij atau syiah.


Wallahu 'alam.