Calon Bersatu Zulkifli Jaafar akan bertanding di Parlimen Pulai dan Mohd Mazri Yahya daripada PAS di DUN Simpang Jeram.
PN meletakkan Zulkifli Jaafar (kiri)
untuk bertanding di Parlimen Pulai dan Mohd Mazri Yahya di DUN Simpang Jeram
pada PRK 9 Sept nanti.
PETALING JAYA: Perikatan
Nasional (PN) memutuskan Bersatu bertanding di Parlimen Pulai manakala PAS di
DUN Simpang Jeram pada PRK 9 Sept ini.
“Zulkifli Jaafar
(Bersatu) akan bertanding di Pulai dan Mohd Mazri Yahya (PAS) di DUN Simpang
Jeram.
“Keputusan ini harap diterima dengan hati
terbuka,” kata Pengerusi PN Muhyiddin Yassin di Facebook.
Menurut Muhyiddin,
calon PN yang diumumkan merupakan anak tempatan kawasan yang ditandingi.
Katanya, Zulkifli, timbalan ketua Bersatu Pulai, juga seorang usahawan berjaya.
“Beliau tahu
masalah tempatan, masalah penduduk di sini. Saya harap (beliau) dapat sokongan
penuh,” katanya.
Sementara itu,
Mazri pula seorang doktor bedah dan pensyarah perubatan, yang juga timbalan
pesuruhjaya PAS Johor.
PRK akan diadakan
bagi kedua-dua kawasan tersebut pada 9 Sept susulan kematian penyandangnya
Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.