Belum pun kering cap jari tandatangan watikah perlantikan sebagai MB Kelantan yang baru, Mohd Nassuruddin Daud yang digelar Panglima Perang Pas itu mula menunjukkan taringnya.
Tiada langsung rasa tawadhuk jauh sekali zuhud yang dipamerkan oleh 'Din Cecopong' ini apabila Allah takdirkan beliau menjadi MB Kelantan meskipun mengaji pun tidak habis, khabarnya. Belum pun Dun Kelantan dibuka, beliau terus menyerang dua Adun Pembangkang yang mewakili parti dalam kerajaan perpaduan sebagai "melawan perjuangan Islam'.
Apabila diketahui bahawa kedua Adun telah membuat laporan polis dan akan menghantar notis saman terhadapnya sekiranya beliau tidak memohon maaf, Din Cecopong ini terus angkuh sambil menyatakan perlu apa memohon maaf kerana beliau tidak melakukan kesalahan. Ertikata lain, dibolehkan kita menuduh seseorang sebagai 'melawan perjuangan Islam' jika tidak sehaluan dengan kita.
Inilah budaya 'Takfiri' yang mahu diangkat semula oleb anak didik Hadi Awang ini. Lebai Din Cecopong dengan riak muka megah dan angkuh menyatakan ' Saya tidak kata mereka melawan Islam, saya katakan mereka melawan perjuangan Islam'. Tengok, lebai punya lidah macam lidah biawak.
Kita mahu bertanya kepada lebai yang angkuh ini, " Apakah hukum seseorang Islam yang melawan Islam atau melawan perjuangan Islam?". Islam itu wajib ditegakkan melalui perjuangan, tetapi jika ada yang "menentang perjuangan Islam" ini, apakah hukumnya harus, haram, wajib atau makruh? Boleh jawab? Bagaimana dengan akidah orang Islam yang "melawan perjuangan Islam"? Abu Lahab dan Abu Jahal juga melawan Islam dan perjuangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Apakah boleh disamakan iman atau akidah mereka dengan kedua Adun tersebut?
MB Kelantan ini secara tidak langsung turut mempertikaikan keimanan dan keislaman rakyat Kelantan yang telah mengundi kedua-dua Adun ini. Pengundi-pengundi di Dun Kota Lama dan Dun Galas yang telah memberikan undi kepada calon-calon mewakili parti kerajaan perpaduan adalah juga bersubahat 'melawan perjuangan Islam".
Amat dukacita sekali seorang yang bergelar ustaz sanggup menghina wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Sepatutnya jika ada sekelumit adab dan akhlak pada MB Kelantan ini, beliau akan mengalu-alukan kehadiran dua Adun Pembangkang tersebut untuk menjadi semak dan imbang di dalam pentadbiran beliau. Malangnya, beliau angkuh dan sombong bila Allah uji beliau dengan jawatan dan kuasa.
Bayangkan, suatu hari nanti lebai sombong ini akan mengetuk pintu pejabat PMX dari parti yang beliau dakwa "melawan perjuangan Islam" itu untuk meminjam duit bagi membayar gaji kakitangan kerajaan negeri Kelantan. Saya rasa ini tidak akan terjadi, mana mungkin maruah lebai Nassuruddin semurah itu untuk melutut depan PMX , penentang perjuangan Islam !!
WFAUZDIN NS