LEBAI PETIR KENA LAGI : RAYUAN DUSUKI TERHADAP JEMING DALAM KES FITNAH BERKAITAN ISU TABUNG HAJI DITOLAK




Alhamdulillah, Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini menolak rayuan oleh Ustaz Dusuki Rani terhadap Ketua Pemuda Amanah Kelantan saudara Jeming Hassan. Saman fitnah ini dikemukakan Dusuki berhubung satu video yang dimuatnaik Jeming menuntut permohonan maaf daripada Dusuki yang didakwa membuat satu kenyataan fitnah kononnya aset Tabung Haji (TH) dijual kepada orang bukan Islam ketika PH memerintah sebelum ini. Dusuki juga diperintahkan membayar kos sebanyak RM10 ribu kepada Jeming. 


Hakim Yang Arif Dato’ Roslan bin Hj. Abu Bakar mendapati bahawa video Jeming tersebut bukan satu fitnah kerana terbukti aset TH tidak dijual kepada orang bukan Islam. Sementara itu, Yang Arif Hakim juga mendapati bahawa kenyataan Dusuki itu boleh memberikan kesan negatif kepada umat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Oleh itu, Yang Arif Hakim mendapati bahawa pembelaan ‘common law’ yang dibangkitkan Jeming termasuk komen berpatutan (fair comment) dan perlindungan bersyarat (qualified privilege) telah dibuktikan. 


Dengan kemenangan ini, maka keputusan Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada 30 Ogos 2022 menolak tuntutan Dusuki dengan kos sebanyak RM10 ribu dikekalkan.


Dusuki diwakili peguam Mohd Jamil Yaacob dan Jeming diwakili Faiz Fadzil. 


Faiz Fadzil

21 Ogos, 2023