Sekolah Politik: Bawa politik nilai perjuangan utama KEADILAN




 Perkara yang membezakan KEADILAN daripada kebanyakan parti lain adalah pembawaan politik nilai dalam perjuangan dan gerak kerja sehariannya.


Politik nilai, berbeza dengan politik tohmah caca marba yang dibawa pembangkang demi mendapatkan sokongan popular.


Menurut Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail, politik nilai adalah gerakan membina minda ahli politik dan penyokong parti ke arah membentuk negara bertamadun.


Sehubungan itu, beliau melaksanakan satu platform Sekolah Politik untuk melatih ahli ahli politik KEADILAN mengamalkan politik nilai dalam praktik perjuangan mereka.


"kita berjalan dalam bidang politik, tetapi kita biar ia berlalu begitu sahaja. Tiada inisiatif untuk berubah dan sedangkan kita berada dalam cycle of influence. Kita rasa di mana kita boleh pengaruhi supaya politik nilai boleh dilaksanakan mengikut apa yang kita ada.


"Saya nak bawa semua kembali semula kepada niat. Niat kita masukm politik mungkin berbeza beza. Pada saya, niat kita masih kekal untuk jadi insan bertakwa.


"Insan dipandang mulia oleh Allah. Duduk di mana pun, sebagai ahli politik, peniaga, guru, tetapi nilai di sisi Allah nak duduk di mana. Itu niat perlu diperbetulkan," katanya.


Rodziah berkata, adalah perlu ahli politik mempunyai niat yang betul dalam perjuangan dan kemudian mengemudi negara berdasarkan niat tersebut apabila telah menang dan dilantik ke dalam jawatan kerajaan.


"Niat kita itu tanam betul betul. Isu sekarang, apakah niat dan impian, cita cita itu selari dalam kehidupan? Impian dan cita cita itu kita kejar, tetapi kalau tidak kita pasakkan niat yang betul kita tidak akan pergi ke arah yang betul," katanya lagi.


Sebanyak 31 peserta diambil dalam Cohort 1 Sekolah Politik berkenaan.


Sepanjang pembelajaran bermula bulan Januari 2023 dan berkakhir pada bulan Ogos 2023 sebanyak 8 modul digunakan.


Rodziah mengucapkan terima kasih kepada Zahariman Arifin selaku pensyarah yang komited meluangkan masa dan tenaga untuk mengajar Sekolah Politik tersebut.


Sementara itu Cohort 2 akan berlangsung dan masih lagi dibuka penyertaannya.