MERAIKAN DUA TETAMU DARI AUSTRALIA DAN US.






Saya dan Azizah meraikan Shaykh Mufti Ismail Menk, Shaykh Muhammad Salah dari Huda TV, Amerika Syarikat dan Shaykh Wael Ibrahim dari The Aware Academy, Australia pada malam ini.


Turut hadir Menteri Hal Ehwal Agama dan Menteri Pendidikan, serta tokoh-tokoh ilmuwan agama tempatan.


Saya dan hadirin mengambil peluang bermuzakarah bersama Mufti menyentuh beberapa ittijahat (jalur pemikiran) umat semasa. 


Menyingkap soal fahaman agama yang melampau, tentunya ini berpangkal pada soal pendidikan, dan bagaimana masyarakat kita dididik dan diasuh. 


Sering diingatkan bahawa sayugia kita menjadi pendakwah dan bukan penghukum. Justeru penting untuk diketengahkan faham yang lebih sederhana, serta membudayakan Adab al-Ikhtilaf dalam menyikapi perbedaan pandangan.


Turut disingkap ialah persoalan Adab al-Ikhtilaf serta kepentingan mewacanakannya seperti yang dikupas secara tuntas oleh Almarhum Shaykh Taha Jabir Alwani.


Pada masa yang sama, Malaysia juga akan mengambil langkah proaktif untuk menangani gejala Islamofobia yang membarah di negara luar, dan ini akan menjadi kebijakan yang spesifik dalam Kementerian Luar Negeri.


Saya terharu dengan rasa senang dan nyaman Mufti Menk dan rombongannya sepanjang keberadaan mereka di Malaysia. Beliau berhasrat untuk kembali dengan lebih kerap ke sini. 


Saya nyatakan bahawa pintu kita sentiasa terbuka, dan mudah-mudahan negara tercinta ini sentiasa mendapat limpahan berkat dari Allah SWT.


#MalaysiaMADANI