Raya Highway PLUS tidak mampu tampung kenderaan




NORMAN RADZUAN


Risiko sakit jantung

Raya Highway PLUS tidak mampu tampung kenderaan

KERAJAAN SEGERAKAN HIGHWAY BARU

Keseronokan Hari Raya bermula perjalanan pulang ke kampung. Kesesakan perkara biasa dan adakalanya menyeronokkan… baru ada ‘feel’ pulang berhari raya. Tapi jika perjalanan mengambil masa yg terlalu lama ia sgt meletihkan.

Tahukah anda seorang penyabar pun ketika kesesakan lalu lintas boleh bertukar jika stres dan tertekan dalam tempoh masa yg panjang.

Menurut doktor pakar Dr M. Singaravelo, pemandu akn berasa tertekan dgn pemandu dan penumpang lain yg menggunakan jalan raya sehingga menjadikan pemikiran lebih negatif dan mudah marah.

Rasa geram, marah dan tertekan akan memberi salah satu faktor besar dan berlaku Stress berlarutan atau kronik akan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Ia merangsang penyakit tekanan darah, dinding saluran darah menebal, merangsang mendapan lemak dan sel darah beku pada dinding saluran darah. Tak hairan ramai yg terkena penyakit jantung di negara ini.

——————————————————————————

Sepatutnya pembangkang menjadi check and balance kpd kerajaan hendaklah mencadangkan dlm belanjaan utk kemudahan infrastruktur kepentingan rakyat.

Yang sgt penting bukan sahaja kemudahan tetapi utk pembangunan ekonomi yg perlu dilakukan segera ialah menyelesaikan masalah Lebuh Raya Utara Selatan dan Pantai Timur.

Bukannya pembangkang sibuk mengkafirkan org Islam lain, susunan gigi Rafizi tak teratur, hasut rakyat habis wang KWSP dan isu2 yg hanya menbodohkan rakyat.

Saya masih ingat waktu bekerja dahulu, wartawan saya ada yg ambil masa 18-20 jam utk tiba ke destinasi kampung mereka di Kota Bharu dari Lembah Klang. Itu cerita 15 tahun dahulu dan sekarang tentulah semakin teruk dan perjalanan selalunya malam bertemu malam.

Saya juga sejak tinggal di Lembah Klang sudah 5 kali pulang ke Perak. Pada minggu biasa pun highway PLUS sudah tidak mampu menampung kenderaan apatah menjelang perayaan. Highway 2 lorong Plus Highway sudah tidak relevan dan ketinggalan zaman.

Apa solusinya?

1) Pengalaman ke Johor Bharu 3 bulan lepas perjalanan yg mengambil masa 6-7 jam kerana kesesakan… saya rasa Kerajaan mesti mencadangkan segera pembinaa Lebuh Raya baru dari Skudai menembusi Lebuh Raya KASEH ( Kajang Seremban )

Ini kerana Lebuh Raya KASEH tidak ramai menggunakannya berbeza laluan Plus Highway. Jika pembinaan lebuh raya baru dari Seremban ke Skudai ia mampu mengatasi kesesakan Hihgway Plus ke Selatan untuk tempoh 30 tahun mendatang. Malah ia mampu mengembalikan semula perjalanan 3 jam dari KL ke JB.

2) Segera siapkan Lebuh Raya Pantai Barat (Taiping ke Banting). Masalah utama skg yg membuatkan ramai tidak mahu menggunakan Lebuh Raya ‘setengah masak’ itu apabila terpaksa memasuki kesesakkan melampau Kuala Selangor, Tg Karang dan Sekinchan.

Begitu juga segerakan perjalanan Bruas ke Taiping yg membuatkan ramai pengguna tidak berminat utk menggunakan Lebuh Raya tersebut sebagai alternatif ke Utara.

Yg lebih penting PLUS kena bersedia dari skg utk membina lorong 8 laluan dari Taiping ke PP utk mengelakkan limpahan kenderaan yg pengguna PLUS Highway dan Pantai Barat Highway bertembung di laluan tersebut.

Perancangan ini patut menjadi keutamaan kpd kerajaan utk ekonomi pelancongan dan kemudahan serta keselesaan rakyat atas urusan keluarga dan perniagaan.

Ketika ini 21 juta kenderaan aktif di negara ini. Jika kita tiada perancangan segera kita akan mengalami kesesakan yg di luar kawalan menjelang 2030.

 

No comments: