ZAINUDDIN OMAR
Kutip semua yang terlibat.
Bertahun-tahun mereka duduk di lubuk sana.
Setiausaha sulit adalah penjawat awam yang bertugas berzaman di
kerusi sama.
Setiausaha politik baru lantikan politik dari menteri.
*************
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang
pegawai kanan Menteri Sumber Manusia V Sivakumar.
Kali ini tangkapan berkenaan dibuat ke atas setiausaha sulit
menteri terbabit.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan tangkapan itu
kepada Malaysiakini sebentar tadi.
"Ya, seorang pegawai ditahan dan direman tapi saya tak
pasti (buat masa ini) berapa hari," katanya.
Azam bagaimanapun tidak memberitahu berapa lama suspek terbabit
direman.
Penahanan terbaru hari ini menjadikan sudah ada dua pegawai
kanan ahli parlimen Batu Gajah itu disiasat agensi penguat kuasa berkenaan.
Semalam SPRM menahan seorang pegawai kanan Sivakumar, selain
seorang ahli peniaga dari Ipoh berkaitan dengan dakwaan rasuah yang melibatkan
sebuah agensi pengambilan pekerja asing.
Difahamkan siasatan SPRM bertumpu kepada individu lain dalam
kementerian dan agensi berkaitannya.
Sivakumar kemudian berkata dia tidak dapat memberikan sebarang
komen lanjut kerana kes berkenaan sedang disiasat.
"Saya dan Kementerian Sumber Manusia akan memberi kerjasama
penuh kepada agensi siasatan sekiranya diperlukan," katanya
Malaysiakini difahamkan, siasatan itu melibatkan kes rasuah bernilai RM97 juta.