BODOHNYA MENTERI MULTIMEDIA.

 


Penyokong dan pemimpin Pas pelbagai peringkat nampaknya masih kenyang ‘dapat makan’ di bawah pentadbiran kerajaan Madani diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun pelbagai fitnah membadai.

Bukan sahaja Yang Dipertua Kawasan, Pemuda, Ameerah dan TikTokers Pas terus mengulit jawatan dalam Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM), malah pusat tahfiz kelolaan pemimpin utama parti pembangkang itu juga mendapat ruang di saluran TV AlHijrah.

Pagi tadi, stesen TV di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu mengetengahkan seorang wakil dari sebuah pusat tahfiz di Temerloh, Pahang.

Pihak pondok tersebut memohon sumbangan orang ramai menerusi program bual bicara, Assalamualaikum.Ustaz politik Pas masih bermaharajalela dalam kerajaan, mudah je masuk dan iklan dalam tv.

Penyokong dan pemimpin Pas pelbagai peringkat nampaknya masih kenyang ‘dapat makan’ di bawah pentadbiran kerajaan Madani diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun pelbagai fitnah membadai.

Bukan sahaja Yang Dipertua Kawasan, Pemuda, Ameerah dan TikTokers Pas terus mengulit jawatan dalam Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM), malah pusat tahfiz kelolaan pemimpin utama parti pembangkang itu juga mendapat ruang di saluran TV AlHijrah.


Pagi tadi, stesen TV di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu mengetengahkan seorang wakil dari sebuah pusat tahfiz di Temerloh, Pahang.

Pihak pondok tersebut memohon sumbangan orang ramai menerusi program bual bicara, Assalamualaikum

Semakan Harapan Daily mendapati Pengerusi Institut Tahfiz Thurath Al Banna iaitu Aire Roslan merupakan calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Paya Besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Aire Roslan, 41, juga adalah Timbalan Ketua Pemuda PN Pahang merangkap Ketua Pemuda Pas negeri.


Menerusi poster kempennya pada PRU15, turut terpampang info “Selebriti TV AlHijrah” dalam ruangan pekerjaan selain menjadi “Pendakwah Bebas sekitar Pahang dan Selangor”.

Sementara itu, penasihat institut tahfiz di Kuala Krau it, Ahmad Nafiri merupakan Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Pahang.

Penonjolan selebriti agama dan pemimpin Pas-PN di saluran TV dan radio Islam kendalian kerajaan masih berlaku walaupun Kerajaan Perpaduan telah lima bulan ditubuhkan.

Walaupun atas kapasiti sebagai “pendakwah bebas”, peminggiran tokoh agama dari Kerajaan Madani dibimbangi akan membantutkan iltizam Anwar untuk menyampaikan gagasan besar itu kepada segenap lapisan masyarakat.

Hal ini memandangkan rata-rata program yang diisi oleh penceramah yang juga pemimpin Pas terbabit tidak menyelitkan langsung gagasan ‘Malaysia Madani’ yang diumumkan Perdana Menteri pada 19 Januari lalu.

Sehubungan itu, banyak pihak terutama penyokong Kerajaan Perpaduan bimbang pengaruh pemimpin dan personaliti agama yang secara terbuka menyokong PN itu akan mengulang kejatuhan kerajaan PH pada tahun 2020 yang hanya mampu bertahan selama 22 bulan.

Dalam masa sama, penyokong PH juga khuatir kewujudan apa yang dipanggil deep state dalam Pejabat Perdana Menteri, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dan RTM yang mungkin secara diam sedang mensabotaj pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Desakan supaya pemimpin PH segera mencantas elemen deep state dalam kementerian, jabatan dan agensi kerajaan semakin ketara memandangkan banyak badai fitnah pembangkang dilihat lembab bahkan gagal diurus secara pantas dan berkesan oleh pihak berkaitan.