DALAM BULAN RAMADAN PUN BERBOHONG



Sementara itu Kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi memperuntukan RM750 juta pada tahun ini untuk program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) iaitu: Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN) bagi membantu 130,000 rakyat golongan termiskin. Menurut menterinya, Mohd Rafizi Ramli Program tersebut menyasarkan peserta meraih pendapatan antara RM2,000 hingga RM2,500 sebulan dalam tempoh pemantauan 24 bulan dan selepas itu dapat menjana pendapatan sendiri melalui hasil yang diperolehi.