Selamat Lebai & Salam Malaysia Madani



YDH Dato' PJP

YDH Dato Timb. PJP

YDH Tuan/Puan Ketua Jabatan/ Ketua Formasi/KPD

 

*AMANAT KETUA POLIS NEGARA SEMASA MESYUARAT IG’S UPDATE BIL.  4 TAHUN 2023*

 

1. YDH Ketua Polis Negara telah menyampaikan amanat semasa Mesyuarat IG’s Update Bilangan 4 Tahun 2023 pada 6 April 2023 di Bilik Mesyuarat Ketua Polis Negara Aras 31, Menara 1, Bukit Aman bersama  Pesuruhjaya Polis/Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah secara tele-sidang.

 

2. Pendahuluan:

YDH Ketua Polis Negara mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Pesuruhjaya Polis/Ketua Polis Negeri yang telah menjayakan Perbarisan Sambutan Peringatan Hari Polis. YDH Ketua Polis Negara mengarahkan untuk mengenal pasti pesara polis yang mempunyai kedudukan tinggi dalam kerajaan/negeri untuk dijemput ke majlis sambutan Peringatan Hari Polis untuk mengelakkan sebarang rungutan.

 

3. Antara perkara utama yang disampaikan dalam mesyuarat tersebut adalah dengan merujuk kepada 2 perkara yang dibincangkan dalam  Mesyuarat Pasca Kabinet :-

a.     *Dasar  mesra kepada pelajar-pelajar antarabangsa di Malaysia*. YDH Ketua Polis Negara menegaskan supaya pegawai dan anggota di bawah tidak menyalahgunakan kuasa dengan menjadikan mereka sebagai sasaran. 

 

b.     *Pemerkasaan Rondaan Komuniti antara PDRM dan RELA*. 

YDH Ketua Polis Negara mengarah PJP/ KP Negeri  berbincang dengan Pengarah RELA Negeri masing-masing untuk mewujudkan semula rondaan komuniti  yang bertujuan untuk menunjukkan kehadiran pihak berkuasa di kawasan-kawasan komuniti. 

 

4.     *Siasatan Khas berhubung Isu 3R (Rulers, Religion, Races)*

a.     YDH Ketua Polis Negara mengambil berat isu atau kes-kes melibatkan 3R  supaya tindakan siasatan hendaklah disiapkan dalam tempoh 7 hari (termasuk Sabtu dan Ahad) sebelum kertas siasatan dibawa ke YA TPR.

b.     Siasatan kes 3R akan dijalankan oleh Team Khas Bukit Aman.

 

5. *Isu Penyalahgunaan  dadah di kalangan warga PDRM*

a.     YDH Ketua Polis Negara menegaskan tidak akan berkompromi atau bertolak ansur terhadap isu dadah dalam PDRM. Tindakan undang-undang akan terus diambil kepada pegawai dan anggota yang terlibat dengan dadah. Proses undang-undang akan dijalankan sama seperti orang biasa dan tiada layanan luar biasa kepada warga PDRM.

b.     Penyalahgunaan dadah dikalangan warga PDRM dianggap telah mencemarkan imej pasukan dan wajar diambil tindakan yang tegas dalam memastikan persepsi baik masyarakat kepada PDRM.

c.     YDH Ketua Polis Negara mengarahkan mana-mana pegawai dan anggota yang pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah tidak dibenarkan menggunakan senjata api.

 

6.     *Isu pengemis warga asing*

a.     YDH Ketua Polis Negara mengarahkan supaya mengambil tindakan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhadap pengemis warga asing yang mengemis secara fizikal. Ia boleh merosakkan imej persekitaran bandar atau kawasan di negara kita.

b.     Tindakan proaktif juga perlu dilakukan untuk mengesan kesahihan sesetengah pihak yang meminta sumbangan secara atas talian.

 

7.     *Kes bunuh diri dalam kalangan warga PDRM*

a.     Bunuh diri dikalangan PDRM telah menjadi semakin serius. Sepanjang tahun 2019-2023, sebanyak 16 kes bunuh diri telah dilaporkan yang mana 1 kes adalah pegawai kanan polis dan 15 kes adalah anggota.

b.     Mengikut kajian yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2022, kajian mendapati antara punca bunuh diri di kalangan PDRM adalah disebabkan kemurungan, tekanan dan kebimbangan tahap sederhana kesan daripada Covid-19. Laporan daripada Utusan Malaysia, kajian daripada PDRM sendiri mendapati kecenderungan terhadap bunuh diri ini adalah disebabkan persekitaran tempat kerja dan tahap kesihatan. Selain itu, juga disebabkan faktor bebanan kerja yang berlebihan, kesunyian, bebanan hutang yang tidak terkawal dan berjauhan dengan keluarga.

c.     YDH Ketua Polis Negara mengarahkan kepada semua  Pesuruhjaya Polis/ Ketua Polis Negeri untuk mengambil penekanan serius dalam perkara ini. Merangka dan mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh mengurangkan tekanan di tempat kerja. 

d.     YDH Ketua Polis Negara mengarahkan supaya mengesan mana-mana pegawai atau anggota yang mengalami masalah kesihatan mental atau kemurungan untuk dirujuk kepada Pegawai Psikologi bagi mendapatkan sesi kaunseling. Sekiranya gagal untuk hadir, tindakan tatatertib akan diambil.

 

8.     *Aduan awam terhadap agensi penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN)*

a.     Sehingga 3.4.2023, terdapat 518 kes pengaduan awam berkaitan kerenah agensi penguatkuasa dalam Kementerian Dalam Negeri. Sebanyak 475 kes telah selesai manakala baki 43 kes masih belum selesai. Daripada jumlah belum selesai itu, sebanyak 24 kes adalah melibatkan PDRM yang mana kes-kes aduan tersebut berkaitan aduan  siasatan dan aduan trafik.

 

9. *Police Volunteer Reserve (PVR) adalah warga PDRM*.  PVR diiktiraf dalam Akta Polis. PVR hendaklah dilayan seperti warga PDRM yang lain.

 

10. YDH Ketua Polis Negara mengarahkan supaya *pegawai/anggota polis yang telah menyalahgunakan senjata api, tidak boleh menggunakan senjata api* lagi termasuk tugas bit/rondaan.

 

11. Dalam IG's Update juga telah diadakan *pembentangan berhubung Kaji Selidik Persepsi Warga PDRM Terhadap Integriti dan Kesedaran Perlakuan Rasuah*. Kajian telah dibuat pada 21-28 Oktober 2022 terhadap 10,000 pegawai dan anggota polis.

 

Untuk Makluman YDH Dato'.  Terima kasih.

 

 


No comments: