KERJA PRO BONO INI LEBIH BAIK DARI DIIKAT HIDUNG- SEDARLAH WAHAI PEJUANG SEMUA- JANGAN KECEWA JIKA APA YANG ADA LAKUKAN KINI TIDAK DIHARGAI. ANDA BEBAS MENGKRITIK SESIAPA SAHAJA. KERANA ANDA ADALAH PENGARAH,PENERBIT MENULIS,PENCIPLAK DAN SEMUANYA ANDA....BERTABAHLAH WAHAI TEMAN TEMAN

 


MAN TOBA


Ada kawan berjawatan dalam kerajaan ajak berbual. Dia minta bantuan saya untuk PRN yang terdekat ini.

Saya agak ketawa juga. Sebab, sejak saya masuk parti KEADILAN, apabila diarahkan oleh pemimpin tertinggi melakukan sesuatu perkara, tidak pernah saya tolak untuk dibuat. Saya akan buat sekadar yang saya mampu. Tiba-tiba kawan itu minta saya bantu. Jadi saya tanya balik:

"sejak bila aku tak bantu?

"Sebelum PRU, ada pimpinan suruh aku tulis nota ringkas berkenaan Ibn Khaldun untuk dia nak bercakap, aku buat.

"Ada pimpinan minta tolong untuk sediakan bahan agama untuk nak bercakap dalam sidang dewan rakyat, aku bagi je.

"Bulan ramadan ini pun, ada pimpinan suruh aku buat ucapannya berkenaan al-Quran, tiga hari aku mengadap laptop untuk buat benda itu. Aku bukan dapat apa-apa bayaran pun. Aku buat itu sebab pimpinan minta tolong, aku tolong je la

"lagi pula, semua benda yang dorang suruh aku buat ini, benda yang memang senang je untuk aku nak buat".

Dalam perbualan kami, dia membangkitkan soal PAS. Mungkin saya bekas ahli PAS yang masuk parti KEADILAN, dengan sebab itu hal itu dibangkitkan kepada saya.

Dia menyatakan, dari sudut isu, Naratif PAS lebih mendominasi. ia berlaku sejak PRU sehingga hari ini.

Sambil ketawa saya menyampuk: "PRN ini, silap haribulan banyak kerusi KEADILAN kat selangor dan Negeri Sembilan yang akan jatuh ke tangan PAS".

Saya memberikan pandangan peribadi saya seperti berikut;

[a]

Media kita hancus. Media umpama kereta kebal dan senjata dalam perang. kerajaan Perpaduan ini telah serahkan media negara kita kepada dua jenis manusia dan abaikan satu perkara;

1. orang yang tidak berminat untuk "berperang"

2. Orang yang tidak pandai pegang senjata dan tidak pandai bawa kereta kebal.

3. ahli-ahli parti yang hebat dan istiqamah dalam memberi penjelasan berkenaan PH dan DS Anwar Ibrahim sejak sekian lama diabaikan. dalam pada begitu pun, mereka masih terus dengan menjawab isu-isu melalui live FB dan sebagainya.

[b]

Nak lawan PAS perlu ada kekuatan pada institusi islam. Masalah kita pula, kalangan yang menjaga Institusi Islam negara bermula dari Kementerian Agama sehingga ke YADIM;

1. lebih seronok kuliah agama di kediaman rasmi perdana Menteri yang dihadiri hanya beberapa orang yang sudah pasti mereka sokong kerajaan perpaduan, sedangkan pengundi-pengundi yang perlu kita kempen ini berada di kampung2.

2. Tidak ada kemampuan untuk membawa naratif Islam dalam pendekatan Madani. Ekoran itu, di media hanya popular dengan istilah Madani, tetapi apa kandungan Madani, rata-rata tidak tahu pun.

3. Kita hanya mampu menghalang Ustaz-ustaz PAS dari ceramah agama dan kuliah agama atas alasan tauliah, dalam pada institusi Islam kerajaan perpaduan masih terhegeh-hegeh menganjurkan kuliah dan ceramah agama alternatif. Tambahan pula, sudah ada komen-komen dari dalam banyak FB yang simpati terhadap ustaz-ustaz PAS yang dihalang kuliah agama.

4. Nak lawan hujah agama Haji Hadi pun, masih terkial-kial. Sebab, tak baca buku dan malas buat kajian agama.

Apabila sampai part ini, saya cakap kepadanya: "kita dah jadi kerajaan. Kita dah lantik orang dalam institusi agama Islam. Sepatutnya, suruh dorang la yang bantu, bukan kau minta bantuan aku.

"Aku sepatutnya kena fokus kuliah live FB aku je. aku mohon tauliah nak mengajar kat masjid dan surau pun, dua kali mohon pun, korang tak mau usahakan agar aku dapat tauliah".

Banyak perkara yang kami bualkan. Cuma dalam perbualan kami itu, saya simpulkan mudah kepadanya dua perkara sahaja.

1. kalau PRN ini, PH tidak mendapat keputusan yang membanggakan. Pada saya, Ia berpunca dari apa yang Nabi saw pernah kata: "apabila sesuatu urusan diberikan kepada orang yang tidak layak, maka tunggulah saat kehancuran".

2. Kalau kita menang selesa kali ini juga, itu anugerah Tuhan ekoran aura DS Anwar Ibrahim sahaja. maka kuatkanlah solat hajat dan doa banyak2 agar kita menang selesa.

Kredit FB Herjunot Ali