PN akan menang besar di Kedah, Terengganu dan Kelantan. PH dapat
majoriti mudah di Penang tapi kawasan majoriti Melayu PN akan rampas. DUN
tergantung di Selangor dan di Negeri Sembilan, PH akan tumbang.
Itu ramalan yang dibuat oleh sesetengah so-called pakar politik.
Pakar ni pulak bukan jenis ada agensi sendiri yang boleh buat poll atau kaji
selidik akan sambutan dan sentimen rakyat terhadap satu-satu parti di Malaysia.
Jadi mana dia dapat data ni kita tak pastilah.
Kalau perasan, naratif PN menang besar memang dah lama
dimainkan. Tapi baru-baru ni jadi semakin meledak. Makin MP PH terbukti tak
cerdik, makin DS Anwar bawa banyak pelaburan, makin dorang mainkan naratif ini.
Kenapa?
Inilah yang dinamakan perang saraf. Sebab mereka dah kehabisan
peluru. Jadi ayat PN akan memang besar ni dialunkan hanya untuk lemahkan
semangat penyokong PH. Memang boleh nampak sesetengah penyokong PH mula rasa
risau dan rasa tergugat.
Sebab itu ramai yang hujat menteri yang dikatakan lembab. Sebab
penyokong dan cytro PH dah mula rasa bimbang dan letih. Itulah tanda bahawa
perang saraf yang dilancarkan oleh PN ini sebenarnya dah berjaya.
Aku tak terkejut sangat dengan lebai lepas ke TV. Dan aku tak
salahkan menteri 100%. Kena ingat ya, serangan puak pemfitnah ni bertali arus.
Dan ada pula dalam agensi yang masih berkiblatkan lebai dan mat sakau.
Menteri nak hadapi semua ni memang tak menang tangan. Sebab tu
aku lebih suka nilaikan prestasi menteri dari sisi respon, bukan pencegahan.
Belum sampai masanya nak tengok preventive. Masa ini lebih penting nilai apa
tindak balas menteri.
Perang saraf PN ni dah berjaya buat penyokong PH hilang
kepercayaan kepada pemimpin sendiri. Ada pula yang terlajak nak suruh orang ni
ganti orang tu, dah macam melagakan antara pemimpin malah antara parti pula.
Sebab tu bagi aku, usah layan dakwaan pakar-pakar politik
self-proclaimed ni. Kenyataan yang mereka keluarkan merupakan serampang banyak
mata. Mereka mungkin ada tujuan lain Jadi jangan mudah termakan umpan yang mereka
taburkan.
Beri masa kepada menteri kita. Sekarang ni menteri kena buat
pembersihan dalam agensi tertentu dulu. Deep state ada di mana-mana. Apa yang
kita kena buat, kalau nampak yang tak patut, laporkan segera dan tengok apa
tindakan menteri.
Kalau menteri tak bertindak, kita bikin bagi gerak. Tapi menteri
pun kena la pandai promosi kerja yang dia buat. Kalau ada tindakan dah diambil,
beritahu. Kurangkan gundah penyokong yang mahu kerajaan ini kekal. Guane boh?