SYAFIQ TOLON TOLON......ABAH NAK JATUH..




Mahiaddin kata dia serahkan kepada MKT untuk tentukan kedudukannya sebagai Presiden Bersatu. Pulak dah! Ingatkan berintegriti sangat terus letak jawatan lepas kena dakwa. Ni serah ke MKT pulak.

Dah begitu, tak ada bezalah Mahiaddin dan Zahid. Zahid pun seperti mana ditetapkan dalam PAU baru baru ini agar jawatan presiden tak dipertandingkan. Itu maknanya perwakilan mahu dia lagilah.

Hm... Ingatkan tegas sangat Mahiaddin ni. Rupanya bila kena batang hidup sendiri, tak sikit pun kurang dari orang yang dia kutuknya. Aku dah agak. Jenis gila jawatan, jangan haraplah nak lepaskan jawatan yang sedang disandang. Guane boh?

Raja Gelap