SAMA TARAF

 


Tahniah kepada Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana kini sudah sama taraf dengan parti keramat orang Melayu UMNO kerana kedua-duanya berpresidenkan kluster mahkamah.


Hari ini rakyat boleh lihat apa erti integriti pada parti ini. Bila kena pada orang lain, dia kata integriti. Tapi bila kena parti sendiri, dia buat selamba. Konon ahli yang tak beri presiden letak jawatan.


Alasan apa nak beri? Sebab kononnya kena fitnah? Itu jugalah yang Zahid katakan. Sebab belum jatuh hukum lagi? Begitu juga Zahid. Jadi apa bezanya? Kalau sebelum ini kutuk UMNO, sekarang semua kutukan itu kembali kepada Bersatu.


Sebenarnya aku ok je kalau tak letak jawatan pun. Tunggulah keputusan mahkamah dulu. Tapi sebab dulu Bersatu kata orang sampai tak ingat dunia, jadi sekarang buatlah macam yang dia kata ke orang lain dulu tu.


Aku ucapkan tahniah kepada ahli PAS kerana mulai esok, mereka akan berketuakan seorang tertuduh dalam kes menyeleweng dana negara. Pencapaian yang membanggakan. Ini barulah Islamik cara PAS. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


No comments: