PENAKUT RUPANYA- TAKUT KENA BANTAI DALAM DEWAN- PMX BUKAN SAHAJA MENGGULUNG BAJET BAHKAN 'LIPAT" TERUS TUDUHAN PEMBANGKANG DI PARLIMEN PETANG TADI





W.FAUDZIN


Seperti yang dijangka, lebai2 dan Pembangkang hanya berani berkokok ketika PMX tiada di dalam Parlimen. Segala tuduhan dilemparkan waktu itu. Kerajaan tidak adil, kerajaan zalim, pendakwaan terpilih dan bermacam2 lagi tuduhan mereka sewaktu PMX tiada di dalam Parlimen.

Petang tadi seperti dijangka, mereka mengetahui PMX selaku Menteri Kewangan akan menjawab dan menggulung perbahasan, maka mereka awal2 lagi cabut kecuali dua tiga yang bersikap profesional dan agak berani menerima kenyataan dan mendengar jawapan. Bermula dari Ketua Pembangkang hingga kesemua Presiden parti di dalam PN tidak berani berada di dalam Parlimen ketika PMX menggulung perbahasan.

Mereka hanya berani menuduh dan bertanya soalan, tetapi tidak mahu mendengar jawapan. Hanya seorang MP dari Muslimat yang bangun bertanya, itu pun ditangkis oleh PMX dengan hujah dan fakta, terus tidak bangun lagi hingga ke akhir.

Ucapan penggulungan PMX petang tadi rengkas tapi padat dan menjawab semua tuduhan. Skandal Jana Wibawa juga turut disentuh oleh PMX. Isu kononnya kerajaan menganaktirikan Kelantan, Terengganu dan Kedah telah dijawab dengan baik. PMX juga banyak menjawab soalan2 dari Pembangkang sebelum ini meskipun mereka tiada di dalam parlimen,

Ternyata kewibawaan Pembangkang tercalar teruk kerana gagal menampilkan imej Pembangkang yang berkualiti. PMX berjaya menampilkan imej berani serta tegas beliau.

WFAUZDIN NS