PM LUNCUR HARI LANSKAP NEGARA DI IPOH

 









Meluncurkan Sambutan Hari Landskap Negara 2023 (HLN2023) di Taman D.R. Seenivasagam, Ipoh, Perak.

Pelaksanaan Malaysia MADANI harus menitikberatkan keseimbangan komuniti supaya pemacuan pertumbuhannya dirasai semua golongan masyarakat.

Saya sebut antara rumah mahligai dan rumah rakyat, antara restoran mewah dan gerai-gerai rakyat indah dan bersih, ada kehijauan ada taman-tamannya untuk rakyat keseluruhannya.

Ini kerana mercu tanda pembangunan sesebuah masyarakat itu tidak hanya terkenal dengan bangunan tinggi semata-mata namun ia perlu keseimbangan antara golongan atasan dan rakyat bawahan.

#MalaysiaMADANI