Rafizi Ramli
Perkara yang diulang-ulang ahli
parlimen Perikatan Nasional ialah kononnya pentadbiran Dato’ Seri Anwar Ibrahim
tidak ada apa-apa perancangan besar yang menjadi “game changer” kepada ekonomi
negara.
Kadang-kadang saya pun hairan dengan lagak
mereka yang banyak menjadi anggota pentadbiran Kerajaan Persekutuan selama 33
bulan.
Bila mereka kuat mengecam kerana kebimbangan
mereka kepada kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan (yang hutangnya mencecah
RM1.5 trillion), mereka tidak sedar ke yang hutang itu berpunca dari mereka?
Kemudian mereka riuh pula mengenai “game
changer”.
Bagi saya, kita tidak perlu “game changer”
yang bunyinya besar tetapi menyusahkan rakyat. Contohnya, “game changer” Jana
Wibawa yang akhirnya terburai sebagai jalan singkat untuk segelintir ahli
politik kumpul duit sedang rakyat angkat bendera putih akibat kesusahan di
zaman PKP.
Ada beberapa perkara asas yang perlu
dilaksanakan dengan disiplin untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi negara:
1) Jangan makan rasuah dan pegang amanah sebaik
mungkin
2) Belanja secara berhemah dan pastikan
program kerajaan disasarkan kepada golongan terbanyak, bukan segelintir elit
3) Selesaikan punca masalah dan bukan cari
jalan pintas yang memburukkan keadaan dengan berbelanja wang rakyat
4) Jangan tambah hutang negara kerana ia
diwariskan kepada generasi masa depan
Ini pendekatan saya dan Insya Allah sedikit
demi sedikit ia akan memperbaiki keadaan buruk yang ditinggalkan kepada kami.