INSYALLAH TAK AKAN JATUH

 


MOHD IKHMAL

Di TikTok tular beberapa posting kononnya terdapat percubaan untuk menukar Perdana Menteri yang dikabarkan akan berlaku sebelum Raya.

Dikabarkan juga percubaan ini didalangi oleh beberapa pihak yang mula cemas ekoran terdapat sesetengah pimpinan mereka didakwa di mahkamah.

Malah ada juga pimpinan mereka tanpa segan silu mengakui terdapat cubaan untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.

Entah apa lah yang difikirkan oleh mereka ini. Mulut mereka tak lekang mempersoal tentang rampasan kuasa berbanding berfikir bersama-sama untuk memajukan negara.

Tatkala Amazon, Tesla dan pelbagai syarikat besar mula mengintai ruang untuk melabur di negara kita, sebarang tindakan untuk menumbangkan kerajaan sedia ada hanya bakal mengundang sekali lagi ketidaktentuan politik.

PRU15 sudah lama berakhir. Kerajaan pun sudah dibentuk. Tak puas hati? Tunggu PRU 16!!!

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar