PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Kerajaan Perpaduan pimpinannya akan bertahan sehingga tamat penggal pentadbiran.
Perdana Menteri sekali gus menempelak kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa kononnya Kerajaan Perpaduan akan tumbang."
Apa saja yang dikata oleh Presiden PAS saya yakin gabungan ini akan bertahan hingga habis penggal.
"Ia (kenyataan itu) tidak lebih hanya retorik politik," katanya.
Beliau berkata demikian pada ucaptama Sesi Interaksi Perdana Menteri bersama Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia secara maya sempena Sesi Pemukiman Wisma Putra, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Berita lanjut menyusul